Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

03 February 2016

Mengapa Timbul Mazhab Dalam Islam?

Sekilas Tentang 4 Mazhab Dalam Agama Islam, Mazhab, mazhab dalam islam, Apa sih mazhab itu, Mazhab syafii, mazhab hambali, mazhab dalam islam
Sama ada mazhab yang hak mahupun yang batil. Mazhab yang hak (ASWJ)  hanya ada 11 mazhab,tapi yang terkenal hanya ada 4 sebab kitabnya masih ada hingga kini. Fahaman  yang sesat ada 72. Mazhab Auzai, Hasan Basri dan lain lain tidak diamalkan lagi sebab  ilmunya sudah habis, mungkin ilmunya telah dibakar sewaktu orang Monggol melanggar Kota Baghdad. Mazhab yang hak saja yang dibincangkan dan diceritakan dalam kuliah ini. 

Mengapa timbul mazhab dalam Islam, padahal Islam itu satu sahaja daripada Allah dan disampaikan kepada Rasulullah dengan melalui Quran dan Hadis. 

Kenapa timbul?  Sedangkan semuanya dari sumber rujukan yang satu, iaitu Al Quran dan Hadis. Semuanya rujuk kepada Rasul, jadi sepatutnya tak timbul mazhab. 
Pada zaman sahabat r.a. tidak ada mazhab, mengapa? 
Umumnya orang sangat yakin dengan para sahabat, seolah-olah lihat Rasul.
Tapi zaman tabiin, atau tabiut tabiin, orang bergantung dengan ilmu sahaja sebab sahabat dah tak ada.Kalau ada masalah, lepas Al Quran dan Hadis, mereka ijtihad. Hanya bersandar kepada ilmu yang dalam Al Quran dan Hadis. Generasi ke 3 ke 4 baru ada mazhab. 

Akan diterangkan secara ringkas, mengapa terjadi mazhab, bagaimana boleh terjadinya berlainan pendapat, sedangkan semua rujuk Al-Quran dan Hadis, yang tak ada hanya Rasulullah, sahabat dan tabiin. Jadi mereka hanya bersandar dengan ilmu, tanpa bersandar kepada peribadi Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Jadi mereka di zaman itu terpaksalah berijtihad, dengan kaedah ilmu alat yang ada. 

Apa maksud ilmu alat?
Ilmu untuk melahirkan ilmu, untuk memahami Al Quran dan Hadis. Contohnya ilmu nahu, saraf, bahasa Arab ,sastra Arab, ilmu mantik atau lojik, ilmu usul fiqah,usuluddin. Semuanya contoh-contoh itu adalah ilmu alat. 

Cara berijtihad ialah dengan merujuk kepada Al-Quran sedangkan huraikan Al-Quran sudah tak sama berdasarkan ilmu alat tadi. Antara sebab yang menjadikan ulama waktu itu berbeza pendapat ialah:

1. Ada ayat yang di "nasih dan mansuh" yakni membatalkan hukum. Dalam hal ini ulama berbeza pendapat mengenainya 

2. Ada ulama penerimaan ayat nasih mansuh tidak sama, jadi tentu dalam berijtihad akan berbeza hasilnya.

3. Terdapat cara memahami ayat al Quran secara lahir saja. Misalnya mazhab Daud Zohiri. Ada ulama mentafsir ayat Al Quran dengan maksud yang tersirat. 

4. Memberi makna dan terjemahan ayat Quran berbeza antara ulama. Contoh: Imam syafie menerangkan maksud "sentuh kulit lelaki dan wanita ajnabi membatalkan wudhu." Tapi mazhab Hanafi, menyatakan "sentuh dengan bernafsu". 

5. Kemampuan mentafsir antara ulama tak serupa. Contoh bagaimana umat Islam menjadi militan, misalnya berdasarkan hadis yang maksudnya "saya diperintahkan membunuh manusia kecuali yang sudah bersyahadat." Tapi terdapat ayat atau hadis yang memansuhkan hadis tersebut. 

6. Kadang-kadang hadis memansuhkan ayat, atau ayat memansuhkan hadis. Jadi kena faham keseluruhan. Ini kesannya mazhab berbeza. Al Quran tempat rujukan utama, kemudian rujukan kedua kepada Hadis. Hadis dibukukan selepas 300 tahun. Tidak semua Hadis sampai kepada ulama-ulama tersebut, jadi sumbernya sudah berbeza. Kalau ulama tidak dapat Hadis mengenai sesuatu hukum, tentu ijtihadnya tanpa merujuk Hadis. 

7. Penerimaan Hadis tak sama antara ulama, jadi ijtihad berbeza. Setengah ulama tak guna Hadis lemah, ada pula ulama yang guna Hadis lemah. Sebahagian ulama berfahaman bahawa Hadis ada yang bersifat nasih mansuh, sebahagiannya lain pula ada yang tidak terima Hadis nasih mansuh, jadi cara mengeluarkan hukum berbeza. 
Hasilnya timbullah perbezaan pendapat dan bermazhab kesan daripada cara fahamkan Hadis berbeza, dan ini mempengaruhi fatwa mereka yang tentunya berbeza rumusan fatwanya.

8. Walau pun umumnya ulama bijak, tapi darjat kebijakkannya tak sama, jadi fatwanya pun turut tak sama. 

Justeru untuk jangka panjang, hal ini ada kesan negatif kepada umat Islam. Oleh kerana umumnya manusia jahil, fanatik pula, kesannya ialah manusia sering bergaduh. Walaupun  fatwa itu dibuat untuk menyelamatkan umat, tapi kerana umumnya manusia itu jahil dan fanatik, akibatnya umat Islam berpecah. 


Itulah serba ringkas mengenai ilmu berkenaan mengapa terjadinya mazhab.

2 comments:

  1. tak da masalah dgn mazhab dan beribu tahun dah umat islam menerimanya, tak da peperangan kerana mazhab 4 tu, yg ada sunni dgn syiah.
    lately hadir kaum muda@wahabis@salafi yg menghukum sesat and bidaah orang yg bermazhab, ni punca huru hara dikalangan umat.

    Punca yg bermula itulah perosak bukannya mazhab sbg perosak. Ok jer

    ReplyDelete
  2. ataupun mazhab itu punca Islam itu menjadi statik sejak 1000 tahun yg lalu.Al Quraan itu sesuai sepanjang zaman apakah mazhab telah merantainya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog