Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

17 October 2016

02 October 2016

Meresapnya Islam Secara Drastik Ke Eropah


Tidak dapt dibendung lagi kemasukan pelarian-pelarian timur tengah ke eropah pada kadar yang besar. Tentu Allah lebih mengetahui rancangannya. 

13 September 2016

Kita Sedang Di Uji

Firman Allah SWT: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
 “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-'Ankabuut 2,3)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Al-Baqarah 155-157)

Kita semua pasti diuji...
• Ada insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.

Ketahuilah...
• Bila engkau lihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

Ingatlah...
• Kita kaya dan bergaji besar, kaya dan bergaji besar itu menjadi ujian kita.
• Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita.
• Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita.
• Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita.
• Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita.
• Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita.
• Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita.
• Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita.
Begitulah hakikatnya, kita semua pasti akan diuji. Tak sekarang, mungkin masa-masa akan datang, hinggalah sampainya ajal. Dilepasi satu ujian, akan datang pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya. Ramai mana diantara kita yang mampu sabar dan kuat menghadapi ujian-ujian ini. “Redha dengan ketetapan Allah, Masih sentiasa bersyukur dalam keadaan apapun, Sabar menghadapinya, Tidak lalai dan lawan dengan nikmat kurniaan Allah, Mampu pelihara diri dari durhaka kepada Allah, Makin sentiasa dirasakan kezuhudan pada diri, Makin bertambah keinginan untuk beribadat dalam mensyukuri nikmat Allah, Memanfaatkan kejalan yang betul, Tiada sifat sombong, riak, ujub dan dengki pada dirinya”.

05 June 2016

Sejarah Al Quran

alquran001

alquran002
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW).

Cara Al-Quran Diturunkan Kepada Nabi SAW

no1

Hati

Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.
no1

Pengucapan

Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
no1

Bunyi

Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
no1

Datangnya Jibril

Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

3 Peringkat Penurunan Al-Quran

alquran0002
  • Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur.
    Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud :
    “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
  • Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus.
    Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya :
    “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”
    Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud :
    “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya :
    “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
  • Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan.
    “Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.” as-Syura (192-195)

Sejarah Pengumpulan Dan Pembukuan Al-Quran

alquran0005Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril (Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.
Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali. Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz (penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah - isteri Rasullullah). Termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.

Penulis Wahyu

Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu, batuan, kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan. Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku).
Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:
no1
Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz (penghafal Al-Quran) dan qurra’ (pembaca Al-Quran).
no1
Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu).
no1
Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
no1
Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.

Zaman Khalifah

Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’. Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.
Naskah al-Quran Lama Tanpa Baris
Naskah Al-Quran Lama Tanpa Baris
Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.
Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri, naskah dihantar ke Kota Basrah, naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala, kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah. Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani

alquran003Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW).
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan (Masyariqah) Masyarakat Al-Quran, gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia (di Sepanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

12 April 2016

Kenapa Takut Pada Zakir Naik


zakir

Penganjur Setuju Tukar Tajuk Syarahan Dr Zakir Naik Di Melaka

PETALING JAYA – Selepas mengambil kira bantahan dan mendengar pendapat banyak pihak, penganjur syarahan umum Dr Zakir Naik di Melaka pada 17 April ini akhirnya bersetuju untuk menukar tajuk syarahan itu.

Jurucakap penganjur, Firdaus Wong Wai Hung berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak berkuasa untuk memilih tajuk yang sesuai dan tidak menjejaskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.

“Kami sebagai penganjur sentiasa yakin dengan keputusan dari PDRM dan sebagai rakyat Malaysia bersedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Kami bersedia menukar topik dengan berbincang dengan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran program serta ingin mengalakkan dan menjemput rakyat berbilang bangsa untuk turut hadir ke program Dr Zakir Naik di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan terbaharu dilaporkan berkata, syarahan itu boleh diteruskan jika topik perbincangan tidak menjejaskan keharmonian beragama di negara ini.

Pemimpin politik dan NGO bukan Islam membantah syarahan Zakir Naik kerana penceramah berasal dari India itu didakwa pernah menghina agama lain.

Mereka juga mendesak kerajaan menghantar pulang Zakir Naik dan mengharamkan beliau masuk ke nagara ini. Singapura dan United Kingdom pernah mengeluarkan arahan melarang Zakir Naik masuk ke dua-dua negara itu.

Pemimpin politik Islam pula mempertahankan Zakir Naik dan menganggap arahan Khalid sebelum ini supaya syarahan umum di Melaka dibatalkan sebagai melanggar demokrasi dan kebebasan beragama di negara ini.

Mereka juga mendesak pihak yang mendakwa Zakir Naik menghina agama supaya datang ke syarahan dan berhujah secara intelektual bukan membuat serangan dari jauh. – FMT

19 February 2016

Kopiah Kualiti Premium Buatan Tempatan


Syarikat Bumiputera tempatan keluarkan kopiah berkualiti premium untuk umat Islam.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Plexus Asia Sdn Bhd

03 February 2016

Mengapa Timbul Mazhab Dalam Islam?

Sekilas Tentang 4 Mazhab Dalam Agama Islam, Mazhab, mazhab dalam islam, Apa sih mazhab itu, Mazhab syafii, mazhab hambali, mazhab dalam islam
Sama ada mazhab yang hak mahupun yang batil. Mazhab yang hak (ASWJ)  hanya ada 11 mazhab,tapi yang terkenal hanya ada 4 sebab kitabnya masih ada hingga kini. Fahaman  yang sesat ada 72. Mazhab Auzai, Hasan Basri dan lain lain tidak diamalkan lagi sebab  ilmunya sudah habis, mungkin ilmunya telah dibakar sewaktu orang Monggol melanggar Kota Baghdad. Mazhab yang hak saja yang dibincangkan dan diceritakan dalam kuliah ini. 

Mengapa timbul mazhab dalam Islam, padahal Islam itu satu sahaja daripada Allah dan disampaikan kepada Rasulullah dengan melalui Quran dan Hadis. 

Kenapa timbul?  Sedangkan semuanya dari sumber rujukan yang satu, iaitu Al Quran dan Hadis. Semuanya rujuk kepada Rasul, jadi sepatutnya tak timbul mazhab. 
Pada zaman sahabat r.a. tidak ada mazhab, mengapa? 
Umumnya orang sangat yakin dengan para sahabat, seolah-olah lihat Rasul.
Tapi zaman tabiin, atau tabiut tabiin, orang bergantung dengan ilmu sahaja sebab sahabat dah tak ada.Kalau ada masalah, lepas Al Quran dan Hadis, mereka ijtihad. Hanya bersandar kepada ilmu yang dalam Al Quran dan Hadis. Generasi ke 3 ke 4 baru ada mazhab. 

Akan diterangkan secara ringkas, mengapa terjadi mazhab, bagaimana boleh terjadinya berlainan pendapat, sedangkan semua rujuk Al-Quran dan Hadis, yang tak ada hanya Rasulullah, sahabat dan tabiin. Jadi mereka hanya bersandar dengan ilmu, tanpa bersandar kepada peribadi Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Jadi mereka di zaman itu terpaksalah berijtihad, dengan kaedah ilmu alat yang ada. 

Apa maksud ilmu alat?
Ilmu untuk melahirkan ilmu, untuk memahami Al Quran dan Hadis. Contohnya ilmu nahu, saraf, bahasa Arab ,sastra Arab, ilmu mantik atau lojik, ilmu usul fiqah,usuluddin. Semuanya contoh-contoh itu adalah ilmu alat. 

Cara berijtihad ialah dengan merujuk kepada Al-Quran sedangkan huraikan Al-Quran sudah tak sama berdasarkan ilmu alat tadi. Antara sebab yang menjadikan ulama waktu itu berbeza pendapat ialah:

1. Ada ayat yang di "nasih dan mansuh" yakni membatalkan hukum. Dalam hal ini ulama berbeza pendapat mengenainya 

2. Ada ulama penerimaan ayat nasih mansuh tidak sama, jadi tentu dalam berijtihad akan berbeza hasilnya.

3. Terdapat cara memahami ayat al Quran secara lahir saja. Misalnya mazhab Daud Zohiri. Ada ulama mentafsir ayat Al Quran dengan maksud yang tersirat. 

4. Memberi makna dan terjemahan ayat Quran berbeza antara ulama. Contoh: Imam syafie menerangkan maksud "sentuh kulit lelaki dan wanita ajnabi membatalkan wudhu." Tapi mazhab Hanafi, menyatakan "sentuh dengan bernafsu". 

5. Kemampuan mentafsir antara ulama tak serupa. Contoh bagaimana umat Islam menjadi militan, misalnya berdasarkan hadis yang maksudnya "saya diperintahkan membunuh manusia kecuali yang sudah bersyahadat." Tapi terdapat ayat atau hadis yang memansuhkan hadis tersebut. 

6. Kadang-kadang hadis memansuhkan ayat, atau ayat memansuhkan hadis. Jadi kena faham keseluruhan. Ini kesannya mazhab berbeza. Al Quran tempat rujukan utama, kemudian rujukan kedua kepada Hadis. Hadis dibukukan selepas 300 tahun. Tidak semua Hadis sampai kepada ulama-ulama tersebut, jadi sumbernya sudah berbeza. Kalau ulama tidak dapat Hadis mengenai sesuatu hukum, tentu ijtihadnya tanpa merujuk Hadis. 

7. Penerimaan Hadis tak sama antara ulama, jadi ijtihad berbeza. Setengah ulama tak guna Hadis lemah, ada pula ulama yang guna Hadis lemah. Sebahagian ulama berfahaman bahawa Hadis ada yang bersifat nasih mansuh, sebahagiannya lain pula ada yang tidak terima Hadis nasih mansuh, jadi cara mengeluarkan hukum berbeza. 
Hasilnya timbullah perbezaan pendapat dan bermazhab kesan daripada cara fahamkan Hadis berbeza, dan ini mempengaruhi fatwa mereka yang tentunya berbeza rumusan fatwanya.

8. Walau pun umumnya ulama bijak, tapi darjat kebijakkannya tak sama, jadi fatwanya pun turut tak sama. 

Justeru untuk jangka panjang, hal ini ada kesan negatif kepada umat Islam. Oleh kerana umumnya manusia jahil, fanatik pula, kesannya ialah manusia sering bergaduh. Walaupun  fatwa itu dibuat untuk menyelamatkan umat, tapi kerana umumnya manusia itu jahil dan fanatik, akibatnya umat Islam berpecah. 


Itulah serba ringkas mengenai ilmu berkenaan mengapa terjadinya mazhab.

24 January 2016

Apa Itu USRAH

Ada apa dengan USRAH?

Kerap ditanya, kerap menjadi persoalan

Ada apa dengan Usrah ? Usrah ibarat seseorang sedang mencangkul tanah, manusia melihatnya pada zahir namun tidak tahu sebenarnya dia juga sedang membina batas.

Begitu juga dengan usrah, mereka melihat kita berhimpun dan berbincang. Hakikatnya kita sedang membina semula batas kegemilangan Islam yang dahulunya mekar.

Bila sebut usrah, mestilah membawa maksud keluarga, sahabat dan saudara.

Apa yang uniknya usrah ni, sehingga mereka yg mcintai agama merasakan hidup tak lengkap tanpa mangadakan usrah?

Usrah ibarat satu keluarga duduk bersama adik-beradik yang lain membincangkan isu-isu duniawi, ukhrawi di samping bertukar-tukar fikiran. Di situlah juga medan kita meluahkan perasaan dan pada saya seperti satu medan untuk mengecas bateri diri selepas sibuk belajar dan berprogram.
Mereka yang rigid akan menganggap usrah ini adalah medan diskusi ilmiah sahaja. Walhal sebenarnya, usrah tidaklah tertakluk kepada perkara-perkara ini, tetapi ia termasuklah aktiviti riadah dan sebagainya.Usrah boleh dibuat dimana-mana sekali pun termasuk di tepi sungai,taman dan sebagainya untuk mencari kelainan bukan hanya rigid di masjid,kelas pembelajaran ataupun di surau.malah di laman fb ini juga(^_~)

Mereka yang mencintai majlis usrah, akan merasakan usrah adalah Tempat melepaskan lelah. Tempat meluahkan segalanya.Sebab usrah merupakan tempat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat di samping kita memdapat ilmu.

RUKUN USRAH

Usrah mempunyai 3 rukun iaitu, taaruf, tafahum dan takaful.
taaruf bererti berkenalan antara satu sama lain ^_^.
tafahum pula saling memahami antara satu sama lain..
selepas kita mengenali sahabat2 kita itu dan memahaminya lantas inshaallah kita dapat saling bantu membantu(takaful)

Mashaallah !
Lengkaplah rukun usrah,inshaallah usrah yg kita lakukan walau hanya terdiri drp 2 orang ahli sahaja mendapat keberkatan malah usrah yg dinaungi para malaikat itu dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah antara kita seterusnya menjadikan kita senang dan sayang dengan usrah kita.

Apa beza usrah antara majlis ilmu yg lain seperti kuliah,ceramah dan lain2 ??? Keistimewaan usrah ini apabila ia turut berbeza dengan majlis ilmu yang lain yang hanya melibatkan satu hala sahaja, iaitu ahli mendengar naqib berucap. Analoginya touch and go.

Manakala usrah membentuk kesatuan fikrah yang akhirnya dapat menghasilkan kesatuan kerja di antara kita. Analogi touch and grow.

Mashaallah indahnya usrah kerana rukunnya menjadikan kita lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain.

Olahan dari artikel asal : http://nadhiislamic.blogspot.my/2011/07/ada-apa-dengan-usrah.html

02 January 2016

Welcome 2016.. Car price is up already.. Malaysian assets going to foreigners

Back to what Rafidah Aziz had said, we can conclude that 1MDB is indeed a useless company. Not only it is a useless company, it is also a harmful one. 1MDB had impacted Malaysians via:
b) Malaysians, through 1MDB had wastefully made to owe billions to buy assets which in the period of just a couple of years, they lost the ownership of these assets. These investments can now be considered as being squandered by 1MDB
d) Malaysians were promised a lower electricity bills when the IPPs were initially bought in 2012 but the tariffs went up 15% in 2014 eventually
e) strategic power assets in the country are now being owned and controlled by foreigners
f) precious tracts of land meant for bumiputra development were sold for cheap by the Government to 1MDB, causing the Government to lose money and yet 1MDB sold the land to a third party at market value; of which the money will not return into the national coffers, but will be used to pay off debts. Malaysians lose twice in this stupid move. (Najib Razak and his pet CEO did say the sale of their strategic assets will reduce the RM42 billion debts)
g) RM950 million which could have been used to pay compensation to highway operators (as what had been traditionally done) so that there won’t be any toll hikes, were used to bail out 1MDB as standby credit instead
If 1MDB had not been established, Malaysians may have experienced:
a) when the IPP concessionaire ends, these IPPs can be bought by TNB at a much lower price
b) a Malaysian company did not have to owe an astronomical figure of RM42 billion just to buy the assets which they had to re-sell in order to pay that RM42 billion loan
c) Malaysian owned IPPs and Kuala Lumpur’s crown jewels do not have to fall in the hands of foreigners
d) ministers and Najib Razak’s sycophants won’t sound that stupid everytime they talk in order to defend 1MDB
e) Malaysians do not have to suffer the humiliation in having a cowardly, deceitful and clueless leadership.
Welcome to 2016; where Malaysians are ushering yet another year of absurdity and monkey business by the government.
https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/01/02/rafidah-aziz-is-right-1mdb-is-indeed-a-useless-company/

Khairy masih ketinggalan belakang Nik Abduh


Siapa pilihan anda, untuk mengundi kunjungi https://helenang.wordpress.com/2016/01/01/tinjauan-pendapat-ketua-pemuda-kerajaan-perpaduan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog