Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

19 August 2015

Secara Berkesan Najib Hentikan Penyiasatan 1MDB

Dengan tindakan-tindakan ini, Najib telah berkesan sekali berhentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion Ringgit yang dilaburkan oleh 1MDB dan kemunculan 2.6 bilion dalam akaun Najib. Kini tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana dakwaan-dakwaan tidak dapat dibuktikan. Tetapi tindakan-tindakannya ini membuktikan bahawa terdapat isi dalam dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

1. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini belum pernah terjadi sebelumnya. Kedaulatan undang-undang telah ditunggang terbalikkan dan rakyat kelihatan tidak terdaya untuk berbuat sesuatu untuk menegakkan ia semula.
2. Ini adalah kerana pemimpin yang betul-betul diamanahkan untuk mendukung undang-undang telah menjadi subjek suatu proses undang-undang. Didakwa bahawa beliau telah melanggar undang-undang. Oleh kerana tidak ada sesiapa pun yang terkecuali daripada tindakan undang-undang, apa yang harus menyusuli ialah penyesiatan untuk menentukan sama ada beliau telah sebenarnya melanggar undang-undang.
3. Walaupun ini belum pernah berlaku di Malaysia, ini telah banyak berlaku di negara lain, termasuk di Barat yang maju.
4. Boleh diimbas kembali kes Presiden Nixon dari Amerika Syarikat. Beliau telah menggunakan pegawai kerajaan untuk mengintip pesaing politiknya. Ini dianggap sebagai salah guna kuasa di Amerika Syarikat
5. Akhirnya beliau telah didakwa dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden AS. Naib Presiden mengambil alih dan seterusnya pilihan raya tidak lama kemudian telah diadakan. Naib Presiden memenangi. Akhir masalah.
6. Di negara-negara lain kaedah yang lebih ganas digunakan untuk membuang seorang Presiden yang tidak popular, sama ada dipilih atau yang diletakkan oleh tentera atau kumpulan-kumpulan politik yang penuh kuasa.
7. Sekarang Malaysia tidak mahu melihat keganasan digunakan. Jadi instrumen atau institusi Kerajaan diharap menyiasat dan menentukan sama ada tuduhan terhadap PM adalah benar atau tidak.
8. Institusi yang biasanya diharapkan untuk melakukan ini adalah polis terutamanya. Institusi-Institusi lain yang mempunyai keupayaan untuk menyiasat juga diharap untuk melakukannya. Dalam kes-kes yang melibatkan wang, Bank Negara diharap akan menyiasat dan memberi laporan.
9. Dan ada badan-badan khas diwujudkan untuk mengawasi bagaimana wang Kerajaan diuruskan. Ini adalah Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen. Selain itu ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
10. Mereka bagaimana pun terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa. Untuk ini, Peguam Negara perlu membuat keputusan dan memulakan tindakan undang-undang. Jika Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk dijawab, jenayah yang paling terang-terangan pun tidak akan dibicarakan di mahkamah.
11. Satu-satunya proses lain yang ada bagi pemecatan seseorang PM adalah undi tidak percaya di Parlimen. Ia memerlukan majoriti mudah. Dengan kejatuhan PM, seluruh Kerajaan akan jatuh. Tetapi dengan keputusan majoriti dalam Parlimen, Kerajaan baru boleh ditubuhkan. Ia boleh jadi parti yang sama atau parti yang berbeza. Sebaliknya pilihan raya boleh diadakan.
12. Ini adalah ruang untuk mendapat remedi undang-undang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan undang-undang.
13. Oleh kerana seriusnya tuduhan terhadap pemimpin tertinggi Kerajaan, satu pasukan petugas empat anggota, yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah ditubuhkan untuk mengumpul semua bukti-bukti yang relevan untuk Peguam Negara membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil.
14. Semua agensi-agensi dan institusi-institusi ini berada di tengah-tengah siasatan mereka apabila PM menyerang. Pertamanya beliau memecat Peguam Negara dan dilantik seorang orangnya bagi jawatan itu. Kemudian dia dengan cara literal telah membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Awam dengan melantik Pengerusi dan tiga orang anggota lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain. Ahli-ahli SPRM yang berterusan menyiasat kes itu telah diganggu oleh pihak polis yang menuduh mereka bocor rahsia. Dua dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri.
15. Khabar angin bertiup kencang bahawa Gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana rasuah. Walaupun ia tetap kekal sebagai Gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada akhbar.

16. The Edge, akhbar yang telah mendedahkan skandal 1MDB itu ditutup. Pemilik akhbar The Malaysian Reserve disuruh menjualnya kembali kepada pemilik sebelumnya.
17. Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah satu daripada menteri-menteri yang lantang dalam mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Najib.
18. Dengan tindakan-tindakan ini, Najib telah berkesan sekali berhentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion Ringgit yang dilaburkan oleh 1MDB dan kemunculan 2.6 bilion dalam akaun Najib. Kini tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana dakwaan-dakwaan tidak dapat dibuktikan. Tetapi tindakan-tindakannya ini membuktikan bahawa terdapat isi dalam dakwaan yang dibuat terhadap beliau.
19. Pendapat awam masih kukuh mahu Najib meletak jawatan sebagai PM. Akibatnya timbul cakap-cakap tentang perbentangan usul undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.
20. Ini adalah sangat sukar kerana hampir semua ahli UMNO seolah-olah terhutang budi kepadanya. Dan pembangkang tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk meluluskan usul itu.
21. Jadi timbul jalan buntu. Tetapi ekonomi bertindak balas dengan cara tersendiri. Ringgit menyusut nilai kepada tahap bawah kadar tetap lama RM3.80 ke USD. Ia kini di paras 4 Ringgit lebih dan mungkin jatuh lagi. Kesannya adalah menjadikan negara miskin. Membayar hutang oleh 1MDB dalam matawang USD akan jadi lebih mahal. Sekarang pun 1MDB gagal membayar hutangnya.
22. Pasaran saham boleh dikatakan runtuh. Para pelabur, terutamanya pelabur asing mengambil keluar wang mereka ke tempat-tempat yang lebih selamat di luar negara.
23. Kerajaan kekurangan dana. Ia terpaksa memotong peruntukan bajet untuk semua kementerian. Pengenalan GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup dan membuat kejatuhan nilai Ringgit lebih akut.
24. Najib mungkin boleh membeli kejayaannya dalam pilihan raya akan datang ini tetapi dia tidak akan mampu memperolehi dana bagi mengekalkan pembelian populariti. Kerajaan dipimpinnya tidak akan mampu untuk meminjam. Ekonomi negara akan runtuh. Dan rakyat akan menderita. Ini adalah gambar yang suram yang ada untuk rakyat Malaysia kerana Najib telah pada dasarnya mencuri Kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog