Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

28 July 2015

Gani Patail Pun Tak Tahu Digugurkan



KUALA LUMPUR 28 Julai - Tan Sri Abdul Gani Patail mengakui tidak tahu menahu mengenai perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.
 
Ketika dihubungi Malay Mail Online, Abdul Gani hanya berkata beliau tidak mengetahui keputusan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa pagi ini.
 
“I don’t know (Saya tidak tahu), OK? I don’t want to say a word right now (Saya tidak mahu cakap apa-apa sekarang),” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan itu.

 Sementara itu, dalam satu kenyataan pagi ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, khidmat Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan.
Tambah Ali, Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.
 
"Tan Sri Abdul Gani Patail telah banyak berjasa kepada negara selama beliau  memegang jawatan sebagai Peguam Negara. Saya bagi pihak Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti beliau dan berharap beliau sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan," katanya.
 
Dalam perkembangan berkaitan, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa semalam (27 Julai 2015).
 
Perlantikan Mohamed Apandi dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog