Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 June 2015

Game Over Utk Azmin

SULTAN SELANGOR MAHU MB BAHARU, AZMIN MB TERPENDEK DALAM SEJARAH

Beberapa minit sebelum berbuka puasa hari kedua petang tadi, saya menerima satu panggilan.

Tak perlulah saya sebut siapa pemanggil itu. Tapi beliau kerap menghubungi saya dari semasa ke semasa. Walaupun jarang bertemu tetapi beliau cukup istimewa.

Insan itu memang hebat dalam arena politik Malaysia.

“Saya dapat tahu Sultan cukup murka dengan MB Selangor, Azmin,” katanya pendek.

Saya bertanya pasal apa? Mungkin dia akan menjadi MB Selangor terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah negeri itu, jelas beliau.

Difahamkan sudah dua bulan Azmin tidak dititah menghadap Sultan. Dan kononnya, Sultan pun enggan menemui Azmin.

Benarkah?

Majlis-majlis rasmi pun kini diwakili oleh adinda baginda, Tengku Sulaiman. Nampaknya, baginda Sultan cuba mengelak daripada bertemu Azmin.

Apa masalah Azmin ini sebenarnya? Bukan sahaja Sultan, kononnya ramai lagi yang sudah menjauhkan diri daripadanya. Semasa belum mendapat kuasa, Azmin menjanjikan selagi ada bulan dan bintang. “Sudah dapat kuasa, lupa diri,” kata insan itu.

Sultan dikatakan murka kepada Azmin kerana tiga perkara. Pertama, katanya mengenai isu air Selangor yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Kedua, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dibatalkan oleh Azmin. Projek itu amat diperlukan oleh rakyat. Azmin membatalkannya kononnya kerana projek itu membabitkan beberapa pihak UMNO.

Dan ketiga, katanya ialah kerana isu satu kejohanan sukan peringkat negeri yang berlangsung tidak lama dulu. Baginda Sultan dikatakan menitahkan Azmin supaya jangan menggunakan cogankata “Kita Lawan” untuk kejohanan itu, yang menurut baginda membawa konotasi politik yang negatif.

Namun, Azmin berdegil. Semua itu mengakibatkan Tuanku murka.

Itulah antara kata-kata sahabat itu kepada saya.

HADI AWANG AKAN MENGADAP BAGINDA SULTAN?

Kata sahabat saya itu lagi, Sultan sudah bersedia untuk menerima menghadap Datuk Haji Hadi Awang yang bakal mengemukakan senarai nama pengganti Azmin. Perlu diingat Pas menguasai Selangor dari segi jumlah kerusi yang dimenanginya.

Kononnya, kata insan itu, dua nama telah disenaraikan. Mereka adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga ADUN Chempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor. (ZH)


1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog