Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 February 2015

Sanjeevan (Pengerusi MyWatch) Bermain Api & Berniat Jahat

te_02_bigSEBAHAGIAN DARI KETERANGAN JUDE ...

Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan berkata dirinya sedia untuk disiasat kerana pembelian nombor plat kereta mewah tersebut hasil kerja kerasnya sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2014. "Saya berjumpa dengan Sanjeevan di coffee house PJ Hilton. Dia sedang duduk di satu meja dan kelihatan sibuk dengan beberapa dokumen di hadapannya. Sedang saya berkenalan dengan dirinya, Sanjeevan menyatakan bahawa dia sedang membantu DSAI untuk PRU13 yang akan datang dan yakin bahawa PKR akan menang besar. Dia memaklumkan kepada saya bahawa DSAI sedang berkempen di Ipoh ketika ini. Sanjeevan sangat berterus terang. 

Dia bertanyakan kepada saya saya samada saya sanggup untuk mengadakan kenyataan media untuk menyatakan bahawa terdapat suatu konspirasi di dalam Kes Liwat II Anwar Ibrahim. Dia juga menyatakan bahawa saya akan dijaga dengan baik sekiranya PKR menang.” 
“Saya memberitahu Sanjeevan bahawa saya tidak boleh melakukan kenyataan sedemikian, siasatan saya angsung menunjukkan bahawa tidak wujud sebarang konspirasi. 
Dia kemudiannya meminta saya untuk nyatakan sahaja bahwa terdapat campur tangan dari pihak kerajaan semasa siasatan, di mana saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan lakukan. 
Saya kemudiannya mencadangkan sekiranya mereka (DSAI dan Sanjeevan) mahukan bantuan dari saya, yang terbaik saya dapat lakukan adalah dengan menghormati keputusan mahkamah sekiranya DSAI dibebaskan dan mendoakan kebaikannya. 
Sanjeevan kemudian menghubungi DSAI dengan telefon bimbitnya dan memaklumkan kepada DSAI bahawa saya berada bersama dengan Sanjeevan. 
Sanjeevan kemudian menghulurkan telefon tersebut kepada saya, meminta supaya syaa bercakap dengan DSAI. I cuma mengucapkan DSAI semoga berjaya untuk pilihanraya dan sekali lagi memberitahu kepada DSAI sendiri bahawa saya tidak mampu untuk lakukan seperti yang diminta oleh Sanjeevan. seterusnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog