Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

18 February 2015

Dari Mana Azmin Nak Sakau 100 juta?

Pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan lima tahun telah menahan sokongan terhadap Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu kerana Menteri Besar Selangor itu masih gagal memberi komitmen untuk menyediakan RM100 juta untuk membiayai protes jalanan.

Sumber mengesahkan kepada Malaysia Today bahawa keperluan Anwar terhadap dana RM100 juta untuk menganjurkan protes jalanan itu merupakan sebab utama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor kerana Khalid gagal memenuhi permintaan Anwar.
“Terdapat khabar angin yang baharu bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, belum lagi mengesahkan untuk membantu membiayai pergerakan Reformasi 2.0, jadi Anwar telah menahan sokongan daripada Azmin dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu. Jika Azmin enggan mengeluarkan RM100 juta maka jawatan Ketua Pembangkang akan berpindah kepada orang lain.
“Untuk meraih simpati dan memastikan gerakan Reformasi 2.0 mendapat sokongan, Anwar akan mula mengadu tentang masalah tulang belakang beliau. Mereka juga akan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan Anwar dan tentang bahaya dia sedang dianiaya atau diracun semasa dalam penjara. Adakah ini akan menjadi Arsenik 2.0?
“Pada dasarnya, Anwar akan mengulangi kembali skrip lama yang digunakan pada 1998-2001,”kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Will Anwar’s Strategy Work?.”
RPK mendedahkan pada mulanya, Anwar bersetuju dengan resolusi daripada ahli strategi politiknya seperti Dr Rahim Ghouse, Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli, dan lain-lain, (orang yang sama yang merancang ‘Kajang Move’ dan menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim) untuk meninggalkan negara dan meneruskan ‘perjuangan’ dari luar Malaysia.
“Pada mulanya, Anwar telah bersetuju untuk melarikan diri. Jika dia dihantar ke penjara selama lima tahun atau 60 bulan, selepas pengampunan satu pertiga dia hanya akan bebas dalam 40 bulan atau sekitar Mei-Jun 2018 atau sekitarnya – yang bermaksud pastinya selepas pilihan raya umum akan datang.
“Kemudian, selepas dibebaskan, dia akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun. Jadi dia akan terlepas pilihan raya umum 2023 dan juga dan hanya akan dapat bertanding pilihan raya umum 2028 (kecuali pilihan raya umum dipanggil lebih awal dan bukan di antara lima tahun).
“Ini akan membuat Anwar berusia sekitar 80 tahun dan agak terlalu tua untuk disukai orang ramai – (Itupun) jika dia masih hidup.
“Tiga buah negara telah bersetuju untuk memberikan perlindungan politik terhadap Anwar jadi ia masuk akal jika dia meninggalkan negara ini sama seperti Khomeini, Trotsky, Lenin, Stalin, dan ramai revolusioner besar pernah lakukan. Mereka semua meninggalkan negara untuk melawan dari luar dan kembali semula untuk mengambil kuasa selepas revolusi berjaya dan kerajaan telah digulingkan.”kata RPK.
Namun, kira-kira dua minggu sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman, Anwar telah mengubah fikiran untuk kekal tinggal di Malaysia.
Menurut RPK, perubahan fikiran Anwar itu dianggap orang ramai sebagai idea bodoh kerana dia gagal mencapai apa-apa apabila dipenjarakan.
“Dengan tiada prospek untuk bertanding dalam pilihan raya umum walaupun dia masih hidup dalam usia warga emas, 88 tahun ?
“Anwar kemudian menjelaskan bahawa strateginya adalah untuk menggerakkan generasi muda menjadi sebuah gerakan Reformasi 2.0 – sama seperti yang dia pernah lakukan lebih daripada 16 tahun yang lalu pada tahun 1998 dengan gerakan Reformasi 1.0 – menggunakan ‘huru-hara’ untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya melepaskannya.”
Namun, dedah RPK, selain Azmin, Anwar masih lagi menghadapi satu lagi masalah besar, iaitu sokongan rakyat terutamanya dari PAS.
“Kejayaan rancangan Anwar, bagaimanapun, bergantung kepada sokongan dari PAS, seperti yang berlaku dalam pergerakan Reformasi 1.0 pada tahun 1998.
“Walau bagaimanapun, PAS di bawah Abdul Hadi Awang tidak akan menyokong Anwar. Oleh itu Anwar mahu Hadi digulingkan pada bulan Jun 2015. Dan itulah sebabnya PasMa telah dicipta.
“Pendek kata, tanpa PAS, pergerakan Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak akan dapat menggerakkan orang ramai sepertimana yang pernah dia lakukan pada tahun 1998 – kebanyakan penyokongnya datang dari PAS.
“Oleh itu, marilah kita lihat apa yang berlaku pada bulan Jun nanti, sama ada Hadi masih menjadi pemimpin parti PAS selepas itu. Jika mereka mampu menolak Hadi maka gerakan Reformasi 2.0 boleh berjaya.
Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap dia mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi,” kata RPK lagi.
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=21456

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog