Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

04 January 2015

KEJUTAN : Permit Penerbangan QZ8501 Tidak Sah

JAKARTA - INDONESIA. Kementerian Pengangkutan Indonesia membekukan kebenaran untuk AirAsia Indonesia menggunakan laluan Surabaya-Singapura selepas pesawat milik syarikat itu yang terhempas pada 28 Disember lalu didapati terbang mengikut jadual yang tidak diluluskan.

Menurut agensi berita AFP, kenyataan dikeluarkan jurucakap Kementerian Pengangkutan menyebut AirAsia tidak diberikan kebenaran untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura pada setiap hari Ahad, iaitu hari nahas itu berlaku, dan syarikat itu tidak membuat apa-apa permohonan untuk menukar jadual penerbangannya.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 individu dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada waktu penerbangan yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa, menurut Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

"Ia melanggar permit laluan dan jadual yang diberikan, itulah masalahnya," katanya.

Menurut Djoko, permit AirAsia bagi laluan itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, sehingga semalam, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian mereka terhadap badan pesawat dan baki mangsa daripada nahas itu, dengan penyiasat luar membantu mencari kotak hitam pesawat, alat penting untuk menentukan punca nahas berhampiran kepulauan Borneo itu.


Menurut The Jakarta Post, lewat malam kelmarin, dua objek besar ditemui di dasar laut oleh pasukan mencari dan menyelamat yang menyertai operasi mencari pesawat itu.Ia ditemui susulan penemuan tompokan minyak pesawat di atas permukaan laut.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Henry Bambang Soelistyo mengesahkan dua objek besar itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia Indonesia.

Sehingga kini, objek itu masih berada di dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Menurutnya, dua serpihan besar yang ditemui berhampiran satu sama lain itu mempunyai dimensi 9.4 meter x 8.04 meter dan 7.2 meters x 0.5 meter.

"Buat masa ini, pasukan (mencari dan menyelamat) sedang cuba mendapatkan gambaran lebih jelas menggunakan ROV (kenderaan bawah air yang dikendalikan secara jauh) untuk mendapatkan visual dasar laut.

"Ombak masih tinggi dan arus masih kuat. Kami harap cuaca akan bertambah baik supaya ROV boleh berfungsi secara optimum," katanya.

Cuaca buruk sejak beberapa hari menghalang usaha pencarian yang dipercayai berada di perairan cetek antara 25 hingga 32 meter.

Sebelum ini, pusat kawalan trafik udara Indonesia melaporkan juruterbang meminta kebenaran terbang pada ketinggian lebih tinggi untuk elak ribut namun permintaan itu tidak diluluskan kerana terdapat beberapa pesawat lain di atas laluan popular itu.

3 comments:

  1. Airasia kurang ajar !!

    ReplyDelete
  2. Harap2 pihak insuran tidak akan membayar pampasan sebab airasia telah melanggar syarat2 Penerbangan.
    Biarkan pariah yang berlagak tu bayar pampasan dari duit dalam poket dia sendiri!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog