Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

23 January 2015

Perdana Menteri Thailand Tergugat

Yingluck Shinawatra
BANGKOK - THAILAND. Karier politik bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra bakal menemui jalan penamat selepas anggota Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) mengundi untuk mendakwa beliau berhubung skim subsidi padi yang penuh kontroversi.

Secara berasingan pagi ini, Pejabat Peguam Negara mengumumkan keputusan untuk mendakwa beliau berhubung skim subsidi padi yang sama.  

Sebanyak 220 anggota dalam NLA mengundi 190-18 untuk mendakwa Yingluck berhubung skim ini menyebabkan kerajaan akan dibebani dengan sebahagian besar stok penimbal beras dan kerugian berbilion baht kerana ia membeli padi daripada petani pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. 

Bagaimanapun, anggota NLA ‘menyelamatkan’ bekas speaker, Nikom Wairatpanij dan Somsak Kiatsuranont. 

Somsak mendapat undian 100-115 undi manakala Nikom mendapat undian 95-120. 

Pendakwaan memerlukan sekurang-kurangnya 132 undi. 

Memetik laporan Bangkok Post, susulan keputusan itu, Yingluck dilarang aktif berpolitik untuk tempoh lima tahun. 

Laporan sama turut dipetik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) telah membuat petisyen untuk menyingkirkan Yingluck. 

NACC mendakwa Yingluck yang ketika itu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Dasar Beras Kebangsaan cuai dalam menjalankan tugas berhubung skim subsidi beras.

Pada 7 Mei tahun lalu, Yingluck dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog