Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

24 January 2015

Minyak Turun, Bil Air Penang Naik

Hadiah Tahun Baru… Kerajaan Dap P.Pinang Perah Poket Rakyat Sekali Lagi

GEORGETOWN, 23 Jan – Kenaikan cukai pintu dan caj tambahan 90 sen sekiranya tidak membayar bil air di kaunter Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) merupakan hadiah tahun baru yang ‘istimewa’ diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Dap kepada rakyat negeri itu.
Inilah antara bukti bahawa Dap amat ‘menitikberatkan’ masalah rakyat demikian ujar sinis Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.
Jelas beliau lagi, dahulu Dap sering memainkan emosi rakyat bahawa Barisan Nasional (BN) adalah lambang kepada ‘barang naik’ tetapi kini Dap lah sebenarnya yang menaikkan kadar perkhidmatan tanpa mengambil kira bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat.
dap
“Di dalam usaha kerajaan pusat ingin mengurangkan beban rakyat dengan memberi pelbagai bentuk bantuan seperti BR1M, kerajaan negeri Pulau Pinang pula mengambil kesempatan memerah poket rakyat negeri ini.
“Sudahlah sebelum ini surcaj air dinaikkan 100% dari RM0.24 sen ke RM 0.48 sen, kini ditambah pula dengan caj tambahan sebanyak 90 sen sekiranya tidak membayar bil di kaunter PBA.
“Tidak cukup dengan itu, cukai pintu pula dinaikkan sebanyak 0.5 peratus. Kini satu lagi yang bakal naik pada bila-bila masa adalah tariff air yang hanya menunggu tempoh kelulusan untuk dinaikkan,” katanya kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, kerajaan Dap di bawah pimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri sedikitpun tidak prihatin dengan nasib rakyat. Baru sahaja rakyat mahu menarik nafas lega dengan penurunan harga minyak dan bantuan BR1M, kini dibelengu pula dengan pelbagai kenaikan yang dikenakan oleh kerajaan negeri.
“Pembangkang termasuklah Dap sering melaung-laungkan ‘tukar’ kerana kononnya kerajaan pusat sedia ada tidak prihatin dengan kesusahan rakyat. Tetapi adakah apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini menunjukkan mereka prihatin dengan kesusahan rakyat?
“Cuba senaraikan apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pembangunan negeri…? Jawapan saya tidak ada kerana mereka sebenarnya hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh BN sebelum ini.
“Yang adapun mereka buat adalah memberikan bantuan RM100 untuk warga emas dan kepada bayi yang baru lahir, itupun diberikan kepada mereka yang menjadi pengundi di negeri tersebut,” jelasnya lagi.
Inilah kata beliau perbezaan ketara antara pembangkang dan BN yang perlu dilihat oleh rakyat kerana BN telah membuat lebih banyak kebajikan tanpa mengira warna kulit, latar belakang mahupun sama ada ia pengundi atau tidak.
“Apapun saya mengucapkan tahniah kepada Dap kerana telah berjaya menambah beban dan menyusahkan lagi rakyat,” kata Rafizal lagi. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog