Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

30 January 2015

Kenapa Arak Sama Seperti Dadah? Keduanya Wajib DiHARAMKAN

Arak itu diperbuat dari anggur yang bercampur dengan air. Anggur dan air, tidak haram!. Anggur boleh dibuat makan dan air juga boleh dibuat minum. Manakah yang dikatakan anggur atau air itu haram?.
Ada orang yang mengatakan bahawa haram itu, bilamana ianya diperam. Setahu saya, semasa hayat ibu saya dahulu, dia pun ada melakukan proses peram untuk menjadikan tempoyak dan budu. Hendak buat tapai, sama ada tapai ubi atau tapai beras, juga diperam. Selepas diperam baru jadi budu, tempoyak atau tapai. Tetapi, kenapa tempoyak, tapai atau budu  tidak haram bila diperam?.
Bermaknanya di sini, arak itu haram, bukan pada airnya, bukan pada anggurnya dan bukan pada peramnya. Jadi, dimanakah haramnya arak itu?.
Apa-apapun yang hendak saya ketengahkan untuk tatapan semua, iaitu mengenai perkara lalai, lupa dan alpa kepada Allah, iaitu kepada yang tidak minum arak itu. Apakah dan bagaimanakah hukumnya bagi mereka-mereka yang lalai kepada Allah tanpa minum setitik arak?. Sememang dan selayaknya orang yang minum arak itu lupa kepada Allah. Mereka lupa kepada Allah kerana bersebab, iaitu sebab minum arak!. Tetapi yang menjadi kemusykilannya, bagaimana dengan orang yang tidak minum arak?. Orang yang tidak minum arak boleh sampai lupa Allah, apakah hukumnya?.
Kata kita, solat itu tanda ingat kepada Allah. Sedangkan, ingat itu hendaklah mendahului solat, bukannya solat mendahului ingat!. Bukannya solat dahulu, baru ingat, tetapi yang sebetulnya ingat dahulu barulah solat!. Kebanyakkan kita ini, bukan sahaja mabuk, lupa, lalai dan tidak ingat setelah minum arak, tetapi dalam masa bersolat pun boleh tidak ingat Allah. Apakah hukumnya?.
Orang yang minum arak itu, sudah tentu lupa kepada Allah, tetapi yang menjadi persoalannya di sini, bagaimanakah hukumnya, jika orang yang tengah sembahyang, tidak ingat kepada Allah?. Satu perkara lagi, bagaimanakah caranya hendak ingat Allah?. Adakah dengan hanya menyebut namaNya itu,  telah dikatakan sudah cukup ingat kepada Allah?.
Soal: Apakah maksud mabuk dan apakah maksud arak?
 Jawab: Mabuk disini, bukam nerujuk kepada anggur, bukan merujuk kepada air,  bukan merujuk kepada peram dan bukan merujuk kepada minum. Mabuk disini adalah merujuk kepada lupa dan merujuk kepada lalai kepada Allah Taala.
 Lalai dan lupa (tidak ingat) Allah itulah pengertian, makna atau maksud kepada perkara mabuk!. Cuba tuan-tuan bayangkan, apakah air itu mabuk?. Air tidak memabukkan, anggur tidak memabukkan dan peram juga tidak memabukan dan minumpun tidak memabukkan jika minum itu hanya satu titik!.
 Permasalahan mabuk disini, bukan merujuk kepada perkara minumnya arak tetapi mabuk disini adalah merujuk kepada lupa atau lalai kepada Allah. Arak itu, adalah percampuran diantara minum air, buah angguir dan peram.  Ketiga-tiga itu, adalah perkara yang dihahalkan didalam Islam dan hukum. Tetapi yang menjadi haram pada suluhan ilmu makrifat itu, adalah perkara lupa dan lalai kepada Allah Taala.
 Yang menjadi kita lupa dan lalai kepada Allah itu, mestilah bersebab dan mestilah berkerana?. Sebab apa kita lupa dan kerana apa kita lupa kepada Allah?. Kita tidak minum arak sekalipun, sesungghnya  kita selalu dalam berkeadaan lupa kepada Allah. Lupa dan lalai kepada Allah itu, bukan dikeranakan atau bukan disebabkan minum arak, tetapi dikeranakan atau disebabkan tidak mengenalnya kita kepada Allah Taala dan bukannya kerana minum arak.  Bila tidak mengenal Allah, maka semestinya kita lupa kepada Allah. Untuk tidak lupa kepada Allah, hendaklah kita mengenal Allah.
 Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri, apakah tuan-tuan ingat kepada Allah?. Sekiranya tuan-tuan tidak mengenal Allah,  bererti tuan-tuan tidak akan ingat kepada Allah. Bilamana tidak ingat kepada Allah, itulah tandanya mabuk!. Inilah istilah mabuk yang difaham oleh golongan-golongan arifinbillah tentang arak!.
Pengertian  sebenar-benar mabuk itu, adalah bagi mengambar mereka-mereka yang tidak ingat kepada Allah. Tidak ingat (mabuk) kepada Allah dalam  keadaan tidak minum arak itu, adalah  lebih zalim dari mereka yang benar-benar tidak ingat (mabuk) kepada Allah semasa dalam keadaan sedang  minum arak!.
Untuk mengelak mabuk yang disebabkan oleh kerana tidak minum arak, hendaklah kita mengenal Allah. Hanya dengan cara mengenal Allah sahaja, menjadikan kita ingat (tidak mabuk)  selamanya  kepada Allah.
http://makrifattokkenali.com/2013/09/03/dimana-haramnya-arak/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog