Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

05 January 2015

Kalau IKHLAS Pentingkan Rakyat, PAS & UMNO Wajar Berkerjasama




Kalau pemimpin PAS & UMNO benar2 ikhlas memimpin demi rakyat lebih2 lagi ketika dilanda bencana ini... wajarlah bersatu dan berkerjasam, ia juga adalah yang di unjurkan dalam ISLAM dan sempena hari mulia ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad ... insaflah dan ikutilah tuntutan ajaran Rasullullah

SHAH ALAM - Meski banyak pihak menzahirkan pandangan yang berbeza, seorang penceramah terkenal, Mohd Kazim Elias, tampil dengan kenyataan tegas 'biarlah orang nak kata apa pun'.


Itu kata-kata sokongan yang dilontarkan beliau kepada Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub apabila kenyataannya bersabit isu kerajaan campuran di Kelantan diputarbelitkan.

“… cukup-cukuplah bertelagah selama ini.. ambillah semangat dan ajaran Nabi SAW sempena Maulidur Rasul.

“Semoga ALLAH rahmati semua mangsa banjir dan semua pimpinan pusat dan negeri, agensi kerajaan, NGO, sukarelawan, pihak swasta dan korporat serta semua yang membantu. Hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa anda,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Kazim turut bersetuju dengan cadangan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf itu mengenai perlunya penyatuan antara Umno dan Pas Kelantan demi kesejahteraan negeri berkenaan terutamanya bagi mengendalikan krisis banjir yang berlaku sekarang.

“Saya sangat sokong saranan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub... Sinar Harian,” tulisnya.

Terdahulu Hussamuddin dalam satu wawancara bersama Sinar Harian mencadangkan agar Pas Kelantan dan Umno Kelantan ‘duduk semeja’ iaitu bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran di Kelantan.

“Kami mahukan kedua-dua Pas dan Umno Kelantan untuk berhenti berpolitik. Sudah 40 tahun orang Kelantan menderita kerana Pas dan Umno asyik berpolitik.

“Jadi sekarang sudah sampai masa pemimpin Pas dan Umno bersatu, saya tak bercakap di peringkat Pusat, tapi di peringkat negeri Kelantan, mereka perlu berhenti berpolitik, demi rakyat, untuk bangunkan balik Kelantan.


“ Kerana masalah yang kita hadapi ini adalah malapetaka yang amat besar dan perlu menggembleng semua sumber yang ada sepenuhnya untuk pulihkan, kalau tidak rakyat akan lebih sengsara," ujarnya sebelum ini yang sedih dengan nasib yang menimpa rakyat Kelantan.

Kenyataan itu kemudiannya mendapat pelbagai respon pemimpin politik yang setuju dan tidak dengan pandangan itu, tidak kurang juga yang mempolitikkannya.

Ekoran itu satu sidang media diadakan semalam bagi menjelaskan lagi idea yang dilontarkan beliau agar nasib rakyat Kelantan terbela selepas insiden banjir yang disifatkan paling buruk di negeri berkenaan.

"Apa yang sarankan itu adalah ikhlas, tetapi cuba dipusingkan oleh individu yang bankrap idea dan katakan saya cuba untuk melariskan akhbar Sinar Harian. Pada hakikatnya saya mengambil risiko ketika membuat kenyataan itu kerana pembaca Sinar Harian adalah orang yang suka politik, dalam politik ada golongan dari dua-dua belah pihak yang berfikiran sempit dan taksub.

"Dalam kenyataan saya sebelum ini, bukan sahaja mahu Umno sahaja berkompromi tetapi Pas juga berkompromi. Saya tahu pembaca Sinar Harian datang daripada dua parti politik itu, bagi mereka yang berfikiran sempit akan boikot," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog