Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 December 2014

Sanggupkah Pemimpin Beragama Islam PR Gadaikan Agama Demi Putrajaya... Adakah PAS Terus Membisu?



SUBANG JAYA - [VIDEO]  DAP hari ini memberi amaran kepada kepimpinan PR supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika gabungan parti pembangkang itu merampas pentadbiran Putrajaya pada PRU14 akan datang.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan kepimpinan PR perlu menyatakan pendirian yang jelas dan tegas dalam hal tersebut bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak.
"Kita boleh berjaya jika boleh tentukan siapa calon perdana menteri dari PR. PR mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa kerajaan PR tidak akan melaksanakan undang-undang hudud kerana itu aspirasi pengundi sederhana, bukan ekstrem khususnya di Sabah dan Sarawak.
"PR boleh tadbir negara dengan baik jika kita ada dasar jelas dan konsisten tanpa tanggapan partisan komponen BN," katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional DAP di One City, di sini, hari ini.
Sebelum ini, DAP dan PKR menentang hasrat Kerajaan Negeri Kelantan membawa usul hudud ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Bahkan DAP pula menegaskan bahawa kesemua 38 ahli Parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang mahu dibentangkan Pas dalam sidang Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Guan Eng juga memberi amaran kepada kepimpinan PR Selangor supaya tidak mengulangi krisis Menteri Besar Selangor yang sedikit sebanyak telah mencalarkan imej baik pakatan pembangkang itu.
"Jangan ulangi krisis Menteri Besar Selangor, jangan bagi rakyat lihat imej kita tercalar disebabkan pelbagai kenyataan kita (PR) sendiri.
"Wujudkan satu kerajaan PR yang boleh menang dan satukan kuasa progresif untuk kalahkan Umno-BN pada PRU14 akan datang," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/laporan-khas-berita-semasa/isu-hudud-pr-kena-tegas-jika-mahu-putrajaya-1.341682

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog