Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

19 December 2014

Melayu Yang 25 Kena SLICE.. Dengan Cina Pulak Tu.. Malu Gua..!

Sangat geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Dato, pesara kerajaan, bercakap soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.



Semasa dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Jarang sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan sebegini. Rata-rata mahu kekalkan jawatan tingginya, dan kalau boleh disambung kontrak demi kontrak. 

Ingin juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauhmana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?

Sejauh mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?

Jangan hanya pandai mengeluarkan kenyataan. Pergilah berjumpa dengan Menteri berkaitan untuk mengetahui keadaan yang sebenar.Banyakkan berdamping dengan NGO-NGO yang saban hari bersama rakyat menyelami masalah mereka, bukannya duduk dalam banglo setelah pencen dan berbincang sesama sendiri.

Mereka mendakwa mereka Muslim moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama moderat. Islam adalah agama bersifat fundamental. Biasakan berkata saya Muslim fundamental, bukan moderat. Jika tidak faham fundemantal, biar saya jelaskan, yakni Muslim yang benar-benar faham dan berpegang kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life, bukan Islam pada kulit sahaja.

Mempertahankan agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta tuli atau membabi buta atau membawa ajaran sesat.

Terus terang, saya tidak berani menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis, walaupun ramai yang tidak menyukainya. Selalulah berbincang dan berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan hakikatnya. 

Jika kaum lain terus mempertahankan agama dan hak mereka secara ekstrem, apakah kita perlu menjadi cair, terlalu terbuka atau liberal. Kenapa tidak menuduh mereka juga ekstrem? Kenapa memangsakan institusi atau NGO Islam sahaja?

Tidak dinafikan bahawa dialog antara agama dan peradaban itu sangat penting pada masa kini. Persoalannya, sejauh mana kita berlapang dada dan memahami makna keadilan. Ramai hari ini melihat keadilan itu 1=1. Bukan meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Itu yang menjadi ekstrem.

Izinkan saya menjawab saranan 25 tokoh Melayu itu.

Pertamanya, katanya pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah. Sejauhmana tokoh Melayu ini faham tentang undang-undang dan masalah yang dihadapi. Saya sarankan pergi berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan barisan pakar mereka, untuk berdiskusi, sebelum mengeluarkan kenyataan. Seorang bekas hakim (peguam) belum dia tentu dia mahir undang-undang, jika dia jahil undang-undang Islam.

Kedua, katanya, kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Persoalan saya, mereka mahir sangatkah?

Adakah benar bahawa undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif? Apakah tidak ada langsung keistimewaan Islam dalam perlembagaan. Bagaimana pula dengan kedudukan raja-raja Melayu yang menjaga hak agama Islam dan bangsa Melayu? Benarkah mereka ini pakar?

Ketiga, hak rakyat untuk membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Persoalan saya rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya. Adakah terdiri daripada kalangan mereka yang sudah pencen? Adakah mereka ini pakar? Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Takut bukan? Kenapa terlalu lantang hari ini setelah pencen? Saran saya, elok mohon balik untuk kerja kontrak.

Keempat, perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ingin saya bertanya, sejauhmana ilmu mereka dalam ilmu fiqh? Berapa kitab yang telah dibaca? Serahkan kepada yang pakar.

Dalam Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik, sudah terlalu banyak pakar. Apakah 25 tokoh Melayu merasakan diri mereka terlebih pakar?

Kelima, melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini. Semua pakar tersebut telah ada. Perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan berdebat seperti yang disyorkan. Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana debat mencari siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog mencari apa yang benar, apa yang salah.

Sebenarnya semua keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan ekstrem ultra kiasu. Umat Islam terpaksa bangun mempertahankannya. Jika tidak, pasti agama Islam akan cair dalam negara berteraskan kepada Islam dan Melayu ini. Peliknya, kenapa mereka hanya menyalahkan umat Islam, tidak langsung merujuk kepada ultra kiasu yang mencetus dan melakukan provokasi.

http://ridhuantee.blogspot.com/2014/12/siapakah-ekstremis-sebenarnya.html

1 comment:

  1. Mohon pencerahan...

    kenapa dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan disebut " Islam ialah agama bagi Persekutuan; ..." tidak disebut "Islam ialah agama RASMI bagi Persekutuan; ..."?

    kenapa peruntukan mengenai Islam ialah agama bagi Persekutuan disebut dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sedangkan peruntukan mengenai Undang-undang utama Persekutuan yang disebut dalam perkara 4?

    tidakkah ini bermakna perkara 3 mengatasi peruntukan dalam perkara 4 Perlembagaan Persekutuan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog