Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

11 December 2014

Bas Rentong.. Nasib Baik Pemandu Terselamat


Anggota bomba berusaha memadamkan api yang memusanhkan hampir keseluruhan bas ekspres itu.

SIMPANG RENGGAM - Seorang lelaki bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri selepas  bas ekspress dua tingkat yang dipandunya terbakar berhampiran kilometer 51.1, arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan, pemandu berumur 30 tahun itu memandu bersendirian dan tidak membawa penumpang dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Johor Bahru.

Pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian terbabit pada kira-kira jam 6.41 pagi dan tiba ke lokasi kira-kira 25 minit kemudian oleh anggota operasi dari Balai Bomba Renggam untuk memadamkan kebakaran.

"Anggota daripada Balai Bomba Ayer Hitam turut ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran manakala api berjaya dikawal kira-kira jam 7.15 pagi manakala mangsa tidak mengalami kecederaan serius," katanya.

Pihak bomba sedang menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran bas ekspres dua tingkat terbabit. Bagaimanapun hasil siasatan awal mendapati kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang pelanggaran sebelum ia terbakar.

Akibat daripada kebakaran bas ekspres terbabit lokasi kejadian mengalami kesesakan namun keadaannya masih berjaya dikawal khususnya keadaan trafik dari arah selatan.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/bas-terbakar-pemandu-terselamat-daripada-maut-1.340905

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog