Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

02 October 2014

Van Sekolah Masuk Parit

  • Anggota bomba membantu murid sekolah yang cedera dalam kemalangan tersebut.Anggota bomba membantu murid sekolah yang cedera dalam kemalangan tersebut.

ALOR GAJAH - Lima kanak-kanak sekolah rendah cedera apabila van yang mereka naiki terbabas ke dalam parit sebelum melanggar sebatang pokok di Kampung Sungai Petai, di sini semalam.

Pemandu van berkenaan turut dilaporkan cedera dalam kemalangan kira-kira jam 2.25 petang itu.

Kesemua mangsa bagaimanapun dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mereka dilaporkan sebagai tidak serius.

Jurucakap bomba berkata, van berkenaan dalam perjalanan menghantar pulang murid termasuk tiga daripadanya perempuan, selepas tamat sesi persekolahan.

"Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital.

"Selain itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut membantu dalam membawa seorang daripada mangsa ke hospital," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/van-bawa-murid-sekolah-masuk-parit-1.322169

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog