Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

24 August 2014

Perghhh.. Nik Nazmi Kini Tahap Jambu Anwar

UMNO JUGA KE YANG PECAH RAHSIA, ANWAR IBRAHIM ARAHKAN KEPUTUSAN DIUBAH SUPAYA NIK NAZMI MENANG KETUA AMK?

Sunday, August 24, 2014

Kalau tanya PKR siapa yang jadi punca masalah. Belum sempat mata berkerdip mereka menjawab, UMNO!

Tetapi hakikat yang sebenarnya ialah, semua kesalahan dan kepincangan yang berlaku dalam parti itu, bukanlah disebabkan oleh UMNO tetapi disebabkan oleh Anwar Ibrahim!

Kalau bukan kerana ucapan Nik Nazmi selaku Ketua AMK baru dipulau dan Exco AMK meninggalkan majlis manakala Nik Nazmi pula bercakap dengan kerusi-kerusi kosong, tak ramai yang peduli dengan politik kotor dalam PKR. Sebabnya semua orang tahu, keseluruhan PKR itu adalah pembohongan, fitnah dan tikam-menikam. Segala-galanya adalah Anwar Ibrahim!

Ketua AMK yang baru sebenarnya adalah Amiruddin Shaari, ADUN Batu Caves, tetapi disebabkan Anwar mahukan pengaruhnya tidak dilawan, apatah lagi Amiruddin Shaari dikatakan regu Azmin Ali yang sudah pun ada engagement dengan DAP dalam merebut jawatan Menteri Besar Selangor, Anwar memilih Nik Nazmi yang dilihatnya lebih mudah dipulas telinga.

Ternyata, kem Amiruddin Shaari enggan menerima campurtangan Anwar Ibrahim. Johari Abdul selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PKR pula tidak mampu memberikan jawapan yang konkrit berhubung kemenangan Amiruddin yang dihadiahkan kepada Nik Nazmi.

Akhirnya orang dalam PKR atau AMK sendiri yang mendedahkan keburukan perilaku Anwar Ibrahim yang kemaruk menjadi pencatur. Demokrasi, Reformasi, Masturbasi, Baling Kerusi yang merupakan trend dalam PKR, kini benar-benar melambangkan Anwar Ibrahim yang sebenar-benarnya.

Tidak hairanlah mengapa pemilihan PKR merupakan pemilihan terpanjang dalam sejarah parti-parti politik dunia walaupun PKR sebenarnya hanyalah pokok penumpang seperti dedalu yang akarnya tidak jejak tanah tetapi perangainya, menghisap dan mematikan pokok tumpang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog