Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 July 2014

Penamatan Servis Arak, Untuk Lebih Berkat Dimasa Hadapan MAS



SHAH ALAM – Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System (MAS) sekali lagi ditegur agar menghentikan penyediaan arak di dalam pesawat.

Teguran itu dibuat Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin melalui kemas kini status Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Perlis membangkitkan persoalan-persoalan tentang cadangan memberhentikan penjualan arak dalam pesawat yang sudah lama dibangkitkan.

“Banyak keputusan yang kerajaan kita buat yang kadang-kala merugikan negara berpuluh dan beratus juta (ringgit).

“Walaupun keputusan sebegitu dibuat atas alasan tertentu. Tidak bolehkah, sejak sekian lama rungutan dan cadangan agar kerajaan menamatkan perkhidmatan arak dalam MAS dilaksanakan?,” tulisnya.

Beliau mengulang kembali cadangan ini selepas meyuarakannya ketika insiden MH370, Mac lalu.

“Berapa kerat manusia yang tidak mahu naik kapal terbang kerana tiada arak? Berapa kerat manusia yang tidak boleh ‘travel’ jika tidak dalam keadaan 'tipsy'?

“Masa MH370 saya telah cadangkan hal ini. Ini MH17, saya mohon cadangkan kepada kerajaan sekali lagi. Hentikan arak dalam MAS moga kita dirahmati ALLAH,” katanya.

3 comments:

  1. Amat setuju... Redha Allah kita cari....

    ReplyDelete
  2. Habis tu, bila pulak nak hentikan penjualan arak di Shah Alam??? Selangor???? Nak main pilih2 je haram dan halal. Kalau ada prinsip, haramkan secara menyeluruh.

    Sebab Selangor jajahan cina DAP, tak berani buat?? Sebab MAS hak milik kerajaan ( majoriti), nak membebel bising2 about how to run the airline???

    This PAK LEBAI SESAT DISGUSTS ME AND IS OBIVOUSLY AN AGENT OF THE OPPOSITION. Oi, Lebai, banyak lagi perkara yang terang2 menunjukkan Islam sedang diserang oleh puak2 DAP dan PKR, malah PAS SENDIRI......Tolong lawan anasir2 tersebut dulu kalau BERANI, BERPRINSIP dan tak BERPOLITIKAL!!!

    PAK LEBAI BODOH!!!! Tak lama lagi boleh join KAFIR PAS!

    ReplyDelete
  3. Pak lebai ni tak nak komen ke pasal Raja Liwat yang ke hulu ke hilir di dalam DAN luar negara walaupun telah didapati bersalah atas tuduhan MELIWAT bagi kali KEDUA tetapi masih menjadi KETUA UMUM pihak pembangkang!

    Banyak sangat ke rahmat yang dicucuri Allah s.w.t selagi si laknat Juburi tu memegang kedudukan sebagai KETUA PEMBANGKANG dan pengikut2 bodohnya mengikut segala perintahnya termasuk mengkafirkan dan mendengki, memfitnah dan mendemdam sesama umat? Yang itu, Pak lebai bodoh ni tak nak memberi NASIHAT ke???

    Bloody political bullshit lebai!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog