Are you humble or arrogant?

Klik Untuk Bantah COMANGO

13 May 2014

Persoalan : Apa Motif Sebenar Ahmad Said Ditukar?

Majlis Nikah Anak Alasan Mat Said Keluar UMNO...

BEKAS Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

“Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

“PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

“Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB),” katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian. 

2 comments:

  1. Kalau DS Najib jenis org macam ini, jenis tak ada pertimbangan kpd perkara yg hanya seperti ini, minta tangguh sikit pun tak boleh, tapi bila dgn org2 cina mca yg banyak komen menentang perkara yg menjadi dasar BN dan pula terang2 org2 cina menentang BN, tak ada pula tindakan, maka ahli2 UMNO perlulah berfikir dan bertindak dgn cara yg waras supaya DS Najib melucutkan jawatannya sebagai PM. gantikan dgn presiden yg berfikiran jauh dan tegas terhadap sesuatu perkara yg perlu diambil tindakan tegas. Sepatutnya tindakan seperti penukaran Menteri Besar dan Ketua Menteri BN perlulah dibuat perbincangan terlebih dahulu dgn semua bhgn2 UMNO negeri yg terlibat serta keputusan Majlis tertinggi terlebih dahulu dan dibuat secara mesyuarah. jgn pandai shj buat slogan Wasatiyah kesederhanaan, tapi cakap tak serupa bikin. Pemimpin seperti ini perlu diganti dgn pemimpin baru, walaupun nampak beliau telah membuat jasa kpd parti dan negara. Tetapi perpaduan UMNO dan org2 Melayu adalah lebih penting. Takkan benda sekecil ini pun seorg PM tak boleh fikir. Nampaknya DS Najib ini bertegasa kpd sesuatu tetapi tidak bertempat.

    ReplyDelete
  2. Dah perangai orang umno macam tu.. masuk parti nak jawatan dan kepentingan sendiri.. tak dapat lari ini le yg umno kena basmi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog