Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

12 May 2014

Janglah Ditunda Lagi Hukum Allah

Tak Hairanlah Hadi Awang Keluarkan Kenyataan Batal Hudud Semalam, Sebab Dia Nak Sembah Lim Guan Eng Hari Ini

Semalam sudah kecoh satu Malaysia apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengeluarkan satu pengumuman media yang PAS menangguhkan atau lebih tepat lagi membatalkan terus keinginan untuk melaksanakan hudud. Walaupun cuba menjadikan Jawatankuasa Teknikal Hudud yang menggabungkan Kerajaan Persekutuan dengan PAS Pusat sebagai kambing hitam, lebih ramai yang melihat tekanan daripada DAP adalah punca sebenar Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pengumuman pada saat-saat akhir itu sebenarnya dibuat untuk memudahkan DAP mengharungi dua PRK iaitu di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Pengumuman itu juga akan dijadikan modal oleh DAP untuk memantapkan lagi tuduhan mereka bahawa hudud adalah rekayasa UMNO dan PAS telah terperangkap dengan permainan UMNO walaupun sebenarnya hudud adalah senjata politik PAS selama ini.

Hari ini, ketika penamaan calon di Dewan Sri Pinang, Presiden PAS itu seperti diduga, muncul untuk memberikan sokongan kepada calon DAP, Ramkarpal Singh, anak lelaki Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan lebuhraya bersama-sama bapanya, tetapi hanya bapanya dan pembantu peribadi bapanya sahaja yang terbunuh. Sedangkan dia pula terselamat bersama-sama pemandu kenderaan serba guna yang khabarnya telah pun diterbangkan balik ke India serta-merta selepas kemalangan maut tersebut.

Maka benarlah seperti yang diperkatakan. Hadi Awang dan PAS sebenarnya tidak lebih daripada macai upahan DAP untuk mendapatkan undi Melayu bagi pihak DAP semata-mata. Hadi Awang dan PAS telah dilacurkan oleh DAP dengan menggunakan isu-isu agama dan akidah demi memastikan Malaysia berada di bawah penjajahan chauvinisme tegar yang sudah pun bersumpah untuk menjadikan Malaysia sebagai NEGARA KRISTIAN dengan DAP menyediakan PERDANA MENTERI BERAGAMA KRISTIAN yang pertama di negara ini!!!

1 comment:

  1. apa yang saya faham hudud ialah isu politik kerana pas ialah parti politik. setelah sekian lama parti pas dibuli oleh pkr dan dap, isu hudud ini ialah suatu cara untuk menarik keluar pas dari pakatan rakyat. dan untuk memulakan kerjasama dengan umno. untuk keluar begitu sahaja adalah sukar kerana pas kini dikuasai oleh golongan anwarinas dan golongan ulama disingkirkan inilah satu cara pas niatnya untuk kebaikan melayu dan islam. adakah salah tindakan itu? Marilah kita berfikir untuk bersatu, janganlah cari kesalahan mereka sahaja, kerana kita pun tak lari dari kesalahan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog