Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

05 May 2014

Badan Kerajaan Seolah-olah Mengugut Mangsa Tanah Mendap

Setelah lebih 3 tahun mengharungi pelbagai kepayahan, kini mangsa tanag mendap di Kg Pindah, Kg Baru seolah-olah di ugut oleh Perbadanan Kampung Baru. Kejadian tanah mendap dan banjir akibat palong bawah tanah yang pecah pada April 2011 masih terus menghantui mangsa2 apabila pihak kerajaan sengaja melengah-lengahkan tuntutan gantirugi dan pampasan yang telah lama tertangguh.


ARKIB : 23/04/2014

Penduduk dapat pampasan jika rumah diroboh

KUALA LUMPUR 22 April - Perbadanan Kampung Baru (PKB) akan hanya memberi pampasan kepada mangsa kejadian tanah mendap di Kampung Pindah, Kampung Baru di sini sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah dan kediaman dirobohkan.
Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bahawa cuma sebuah keluarga yang memiliki dua buah rumah di kampung itu telah dipanggil untuk berbincang mengenai perkara berkenaan.
"Pemilik rumah yang lain diminta bersabar kerana mereka perlu faham bahawa setiap rumah mempunyai nilai berbeza dan perbincangan hanya boleh dilakukan satu demi satu dan bukan dengan semua keluarga sekali gus," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pemberian pampasan kepada 22 pemilik buah rumah yang terjejasa ekoran kejadian tanah mendap di Kampung Pindah, Kampung Baru yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.
Masalah itu menyebabkan rumah penduduk retak dan tidak selamat untuk didiami.
Menurut Naharuddin, PKB sudah meminta supaya JPPH menyiapkan laporan mengenai semua 22 rumah yang terlibat dalam masa empat bulan.
Jelasnya, ini akan dapat memudahkan lagi proses perbincangan dan seterusnya pemberian pampasan kepada semua pemilik kediaman.
Sementara itu, beliau menjelaskan, segala pampasan yang dituntut oleh penduduk perlu diajukan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana PKB belum ditubuhkan semasa palung yang menjadi punca tanah mendap itu dibina.
"Tugas penyelenggaraan palung tersebut merupakan di bawah tanggungjawab JPS sejak sekian lama dan tidak wajar untuk mendesak PKB yang baru beberapa tahun ditubuhkan untuk membayar pampasan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20140423/wk_03/Penduduk-dapat-pampasan-jika-rumah-diroboh#ixzz30r3GFOO0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog