Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 February 2014

Zul Noordin Dah baca Permainan Anwar

15 February 2014


SAYONARA TAN SRI KHALID!

http://zul4kulim.blogspot.com/2014/02/sayonara-tan-sri-khalid.html

Betulkah Anwar tidak kenal Datuk Eskay Shazally?*
Salam 2 all, dan salam khas untuk Tan Sri Khalid Ibrahim, bakal mantan MB Selangor!
Saya telah pun menulis pada 01 Feb 2014 lepas dalam tajuk 'Konspirasi Luar Tabie' mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak kebenarannya!

Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!

Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.

Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!

Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri! Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac 2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!

Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.

Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.

Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.

Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!

Sejarah sudah membuktikan. Cukup sekadar saya mengingatkan Tan Sri kepada kisah Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).

Lihat apa jadi kepada mereka! Dan belajarlah daripada kesilapan mereka.

Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!

Mereka tiada pilihan - Tan Sri wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi dinasour!

Pertama, mereka sudah check-mate penyokong kuat Tan Sri. Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah dikancing mulut. Saya cukup yakin pendedahan kes permohonan cerai Nurul Izzah dengan segala cerita sensasinya dibuat oleh dalang-dalang yang mahu memastikan Wan Azizah dan Nurul Izzah dibisukan terus! Dan ternyata perangkap itu berjaya!

Kedua, mereka menimbulkan keraguan kepada DAP dan PAS terhadap kepimpinan Tan Sri. Isu Bible versi bahasa Melayu dan kalimah Allah menjadi senjata ampuh mereka. Kepada DAP, mereka menyatakan bahawa pendirian Tan Sri mempertahankan titah Tuanku melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian membuktikan Tan Sri tidak boleh dipercayai. Kepada PAS mereka menyatakan pendirian Tan Sri mengarahkan bible Melayu yang dirampas JAIS dikembalikan kepada kristian membuktikan Tan Sri telah menghina Islam.

Ketiga, mereka menimbulkan kebencian dikalangan kakitangan awam terhadap Tan Sri. Isu PKNS telah dieksploit sepenuhnya, sedangkan Tan Sri tahu jika tindakan drastik tidak diambil PKNS akan jadi lubuk politiking mereka, dan agenda Melayu akan hancur. PKNS akan menjadi Bukit Tunggal untuk mereka memfaraidkan pusaka Melayu - satu untuk engkau, sepuluh untuk aku. Isu PKNS digambarkan sebagai kemuncak kezaliman Tan Sri. Pemecatan dan penukaran pegawai kontrak PKNS menjadi bahan bukti Tan Sri tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Mereka membekalkan maklumat kepada media arus perdana terutama versi Melayu untuk memainkan sentimen ini. Dan sekarang kebencian kapada Tan Sri dikalangan penjawat awam Selangor sangat tinggi. Dan kisah Datuk Khusrin dihina sebagai Datuk SUK disegarkan kembali;

Keempat, diwaktu yang sama, mereka memainkan gendang damai dengan UMNO. Adakah Tan Sri tahu beberapa balaci mereka sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pimpinan UMNO, termasuk beberapa veteran UMNO. Tujuannya untuk memastikan UMNO tidak 'masuk campur' urusan penyembelihan Tan Sri. Itulah pelan damai mereka. Tidak lama lagi Tan Sri akan dengar usaha untuk membawa beberapa bekas pimpinan UMNO masuk kedalam Kerajaan baru nanti; dan ini adalah sebahagian daripada pelan damai nasional ini?

Kelima, Tan Sri sendiri tahu sebenarnya jawatan MB akhirnya nanti akan diserahkan kepada orang yang Tan Sri pun tahu siapa. Sebab itu Tan Sri tengok beberapa ekor anjing salakan mereka bukan main menyalak menghentam Tan Sri sekarang ni. Dan tidakkah Tan Sri merasa pelik mereka ini mendapat tempat dalam media arus perdana? Nampak gaya Tan Sri dah kena kancing berdiri!

Jadi, dalam keadaan ini semua, apakah yang patut Tan Sri lakukan?

Pertama, Tan Sri boleh menyerah kalah dan letak aje jawatan. Lepas tu mungkin pergi umrah, dan balik nanti duduklah bertasbih tahmid didalam surau.

Kedua, Tan Sri boleh buat keras kepala tidak mahu letak jawatan. Tetapi Tan Sri kena ingat, mereka ada dua pertiga majoriti dalam DUN. Mereka boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri dengan perbahasan yang akan memalukan dan mengaibkan Tan Sri. Jangan Tan Sri buat kesilapan mempercayai ada kekawan dalam DAP atau PAS akan sokong Tan Sri. Mereka ini semua sudah hubbud dunya wakaroo hiyatul maut. Mereka sudah seronok dan selesa dengan kedudukan dan jawatan mereka. Tidak ada sebab untuk mereka meletak tengkok untuk menyelamatkan Tan Sri!

Ketiga, Tan Sri boleh memilih untuk melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat Selangor dan umat Melayu-Islam. Takkan Tan Sri nak biarkan sahaja mereka mengkhianati Tan Sri sesuka hati mereka?

Nasihat keempat saya kepada Tan Sri, pergilah mengadap Tuanku Sultan Selangor. Mohon perkenan Tuanku untuk Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan!

Hanya Tan Sri seorang sahaja, dan tidak ada orang lain didunia ini, yang boleh melakukannya. Sebagai Menteri Besar Selangor, hanya Tan Sri berkuasa mutlak dibawah undang-undang tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk menasihatkan dan memohon titah perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dan Tan Sri mesti mengadap Tuanku untu membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon N.25 - Kajang! Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang!

Bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba & 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!

Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!

Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat! Jangan Tan Sri biarkan rakyat diliwat oleh para peliwat democrazy ini Tan Sri!

Nasihat kelima saya, apa pun, seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Lakukanlah istikharah, mohon bantuan dan petunjuk Allah. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan kemungkaran besar tidak melanda Selangor khasnya, dan Malaysia amnya.

Jadikan ia sebagai jihad dan pengorbanan Tan Sri untuk agama, bangsa dan negara.

Addeenul nasihah - Islam itu nasihat.

Sekian sahaja nasihat dan pandangan saya untuk Tan Sri.

You know your days as MB are numbered. It's either you go as defeatist, or you fight and triumph as a hero. It's your choice Tan Sri.

Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim! Selamat bersara dan good luck!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios Tan Sri, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
15 Rabi'ul Akhir 1435
15 Februari 2014

1 comment:

  1. Setujuuuuuu...Pembubaran adalah pilihan terbaik untuk mencari kepimpinan baru kerajaan negeri selangor

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog