Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 February 2014

Untuk Rakyat Atau Untuk Tekak Anwar?

Saturday, February 15, 2014

RUNDINGAN SULIT & SURAT PERLETAKAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR DIDEDAHKAN !! PRK #KAJANG

Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang". 

Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.
Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang. 
"Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu. 
Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP.
Portal pembangkang The Malaysian Insider juga melaporkan kenyataan Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menafikan berita di atas. 

Realitinya, jika benar pun berita tersebut, Tian Chua tidak mungkin akan mengaku.

http://novandri.blogspot.com/2014/02/rundingan-sulit-surat-perletakan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog