Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

09 February 2014

Takkan Idris Ahmad Kecut Nak Tegur Hal Lain..



Idris Ahmad ni hanya berani tegur satu belah pihak ke? Bagi tau kat Idris Ahmad ni suruh tegur Anwar juga yang banyak membusukkan dan merosakkan imej negara dan umat islam. Tolong jugak tegur Cina-cina Malaysia yang terbalikkan bendera kebangsaan diluar negara.. juga Namewee yang hina lagu Negaraku dan juga pasangan Alvivian yang persenda berbuka puasa dengan Bak Kut Teh dan juga Cina yang hina ucapan DYMM Agong dan juga guru Cina yang arah guru buka tudung dan juga cikgu cina yang suruh pelajar makan rumput dan juga harap boleh tegur Khalid Jaafar yg gila sangat nakkan kebebasan dan agar Syiah bebas dipraktikkan atau disebarkan. 


NGO Lumur Darah Ayam Rosak Imej Negara

Idris AhmadTAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP.

Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

"Lebih malang apabila kumpulan terbabit menggunakan nama Islam, sedangkan ia tiada dalam ajaran Islam itu sendiri," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Bukit Gantang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan terbabit yang bertindak melakukan penyembelihan dan melumur darah pada kain rentang yang terdapat wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Idris berkata, kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berulang kerana ia hanya akan merosakkan imej negara.

“Oleh itu, kita amat berharap pihak polis dapat bertindak dengan sewajarnya kerana gambar-gambar juga ada, mustahil mereka tindakan tidak boleh diambil,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/ngo-lumur-darah-ayam-rosak-imej-negara-1.249039

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog