Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 February 2014

SYABAS Rafizi

  • Rafizi RamliRafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membazir wang dengan membayar peguam untuk menyaman wakil rakyat yang mengkritik badan tersebut.

Menurutnya, wang berkenaan lebih wajar digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua loji pembersihan air (LPA) dapat dielakkan berlaku lagi.

"Saya dimaklumkan bahawa Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya atas kenyataan yang saya buat mengenai masalah bekalan air yang melibatkan lebih 100,000 pintu rumah di sekitar Lembah Klang.

"...nampak dangkal apabila ia sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya, sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua LPA di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas Rafizi, beliau telah mengambil semua langkah bagi membantu penduduk yang sering mengalami gangguan bekalan air, namun langkah tersebut tidak sedikit pun mengurangkan masalah yang dihadapi penduduk.

"Sebagai wakil rakyat, saya telah mengambil pelbagai jalan untuk membawa rasa tidak puas hati penduduk yang sering menjadi mangsa gangguan bekalan air terutamanya di kawasan Pandan.

"Malangnya, semua langkah-langkah ini baik yang bekerjasama atau berdepan dengan Syabas tidak sedikit pun membaiki prestasi bekalan air kepada penduduk," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan mengakui tidak dapat menerima alasan gangguan terbaru yang dikemukakan pihak berkenaan.

"Dalam gangguan terbaru, saya tidak dapat menerima alasan bahawa dua LPA itu ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di sedangkan sekiranya LPA itu dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

"Melalui semakan awam, saya mendapati bahawa kedua-dua LPA itu hanya boleh memproses air sungai yang mempunyai kandungan ammonia maksima sebanyak 1.5 miligram/liter.

"Pada masa yang sama, sisa air rawatan dari sistem kumbahan yang dilepaskan ke sungai-sungai oleh Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi kerana piawai yang dibenarkan adalah maksima 15 mg/liter atau 25 mg/liter (bergantung lokasi sungai).

"Ini bermakna pengendali LPA sememangnya tahu bahawa wujud kemungkinan bahawa kandungan ammonia di dalam air sungai yang tinggi terutamanya apabila musim panas kerana kekurangan hujan," katanya.

Justeru beliau melihat sewajarnya pihak pengendali LPA boleh menduga tempoh tertentu yang mana kadar kandungan ammonia di dalam air sungai lebih tinggi yang boleh menjejaskan bekalan air.

"Persoalan yang saya timbulkan ialah kenapa tidak ada tindakan proaktif sebelum ini untuk menaiktaraf LPA sedia ada agar loji loji ini boleh mengambil air sungai yang mengandungi ammonia yang lebih tinggi?

"Saya difahamkan Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

"Masalahnya, pemasangan sistem penapis baru ini akan mengambil masa lebih enam bulan dari sekarang dan tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air sekarang. Bukankah jika tindakan ini diambil lebih awal, dengan mengambil kira ramalan cuaca, masalah gangguan bekalan air yang kini menyusahkan rakyat di seluruh Selangor dapat dielakkan?," soalnya.

Tambah Rafizi, beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak yang tidak meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan dalam memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk meskipun akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/syabas-membazir-mahu-saman-saya-1.253184

1 comment:

  1. Depa saman...menang...dgn duit tu boleh cover harga penapis ayaq tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog