Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 February 2014

Serius Tangani Syiah

  • Serius tangani SyiahAbdul Malek (empat, kiri) dan Mukhriz (tengah) berbual dengan pelajar yang menerima watikah pelantikan kelab dan persatuan semalam.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) memandang serius isu penularan Syiah dan akan mengambil tindakan tegas jika ada pelajar yang cuba menyebarkan fahaman itu di dalam kampus.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, selagi fahaman itu wujud di Malaysia, penularannya akan terus berlaku.

“Tidak kira di mana pun, pasti ada. Tetapi di UUM, ia masih terkawal dan kita sentiasa mengawal daripada terus berkembang.

“Kita sering buat pelbagai program keagamaan dan motivasi untuk beri pendedahan kepada pelajar. Itu adalah antara usaha awal yang boleh kita laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis penutup program Student Leadership Camp 2014 di Dewan TH Hotel di sini, semalam.

Acara tahunan itu disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Abdul Malek berkata, bidang tugas universiti terhad dan hanya boleh bertindak jika berlaku di kawasan kampus.

“Kita boleh buat pelbagai program. Tapi di luar kampus, macam-macam boleh berlaku. Kita cuma boleh buat apa yang ada dalam bidang kuasa iaitu mendidik dan terang kepada pelajar kenapa Syiah bermasalah dan bercanggah dengan akidah Islam.

“Apabila mereka berumur 18 tahun dan ke atas, mereka sudah boleh buat keputusan sendiri. Maknanya, universiti tidak boleh menghalang manusia, cuma boleh mendidik,” katanya.

Beliau berkata, sebagai usaha mengekang penyebaran fahaman itu, UUM menganjurkan beberapa program dengan majlis agama Islam dan Jabatan Mufti Kedah.

“Kita akan perbanyakan lagi aktiviti itu untuk menerangkan kepada pelajar bahawa Syiah itu tidak betul.

“Bagaimanapun, di UUM penyebaran fahaman itu masih terkawal dan kita akan pastikan ia tidak menjejaskan pelajar beragama Islam,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, masih ada beberapa pengikut fahaman Syiah di UUM tetapi sukar dikesan kerana mereka tidak menonjolkan diri.

Menurut laporan itu, Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, mereka dipercayai bergerak secara senyap berbanding dua tahun lalu yang dapat dilihat dengan jelas dan nyata.

Berikutan pendedahan meluas media sejak kebelakangan ini, pengikut fahaman itu tidak lagi menonjolkan diri dan bercampur dengan warga kampus seperti biasa.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/serius-tangani-syiah-1.251167

1 comment:

  1. Tolak Quran kita, tolak Hadis kita, mengkafirkan Sahabat sahabat ( r.anhum) Nabi (saw) kita yg adalah antara insan insan termulia kita, melaknat Ummul Mukminin r.anha. isteri Nabi saw yg dikasihi Baginda saw. Apakah mrk ini masih saudara kita ?
    Jgnlah cenderung kpd org org yg zalim, kelak disentuh Neraka. Mrk ni lbh dr zalim.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog