Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

23 February 2014

PRK Kajang : Kaitan Anwar & Ketua UMCEDEL

Umcedel Alat Perang Saraf Anwar


AIDCNews - 25/04/13 - Bukan rahsia umum lagi bahawa Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) adalah alat perang saraf yang berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.  


Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah bekas Ketua Biro Tugas Khas Ketatanegaraan ABIM pada tahun 1995/97 dan dipilih sebagai Naib Presiden Antabangsa semasa Ahmad Azam Abdul Rahman menjadi Presiden ABIM.


Sekarang Dr Mohamad Redzuan adalah salah seorang Exco WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), NGO Islam yang dipimpin oleh sahabat baik Anwar, Dato' Dr Siddiq Fadzil.


Dalam erti kata lain, Dr Mohamad Redzuan  (foto) adalah salah seorang 'panglima' kepada Dr Siddiq Fadzil.


Dr Siddiq yang merupakan bekas Presiden ABIM selama empat penggal bermula pada tahun 1983 merupakan orang kepercayaan Anwar untuk menjustifikasikan kemasukan Anwar ke dalam UMNO.


Ketika itu, selain daripada menjadi Presiden ABIM, Dr Siddiq turut dilantik menjadi panel pemikir di badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) dan turut diberi kolum menulis di Berita Harian, kolum Minda Melayu Baru.


Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya "Memo Buat Bakal PM" mendedahkan Anwar melakukan perancangan secara halus memastikan kemasukan aktivis-aktivis ABIM Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ke dalam PAS untuk memastikan ABIM dikuasai oleh orang-orangnya bagi memudahkan kemasukan ke dalam UMNO pada tahun 1982.


Selepas Anwar dipecat dari UMNO pada 2 September 1998, Dr Siddiq merupakan individu pertama menggelarkan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri sebagai 'Maha Firaun' semasa membentangkan kertas kerja dalam seminar IKD di Park Royal Hotel, 10 Julai 1999.


Sekali lagi, Dr Siddiq memainkan peranan untuk 'menguasai semula' kepimpinan ABIM selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.


Perkara ini dilakukan kerana ABIM di bawah kepimpinan Dr Yusri Mohamad dilihat lebih cenderung mengembalikan ABIM sebagai badan dakwah yang tidak berpihak kepada seseorang individu tertentu.


Pada 9 November 2005, sebuah NGO yang dinamakan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) didaftarkan secara rasmi sebagai badan naungan terhadap ABIM dan PKPIM.


Penubuhan WADAH itu membuatkan Dr Siddiq selaku presidennya berkuasa semula ke atas ABIM dan PKPIM sepertimana pada era 1980-an.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog