Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

05 February 2014

MB Kelantan Pecat Mamat PKR

DI DUN KAJANG, PAS IKRAR SOKONG PKR, DI KELANTAN, MENTERI BESAR KELANTAN KERJAKAN PKR!!!

Wednesday, February 5, 2014
http://theflyingkick.blogspot.com/2014/02/di-dun-kajang-pas-ikrar-sokong-pkr-di.html

Cerita yang berlaku di Kelantan, kurang diberikan perhatian apatah lagi oleh PKR yang sekarang ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada PRK DUN Kajang yang akan disertai oleh Ketua Umum PKR yang sudah kecewa untuk menjadi Perdana Menteri dan mengalihkan cita-citanya kepada Menteri Besar Selangor pula.

Barangkali kalau tidak disebabkan PRK DUN Kajang, Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan, sudah dikangkung-kangkungkan oleh PKR. Pastinya nama-nama seperti Rafizi Ramli, Hishamuddin Rais, Chegu Bard, Sam Ketot, Zuraidah Kamaruddin bahkan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sendiri pun, akan mula bertumpu ke Jeli dan memberikan sokongan kepada Ramlan Mat, bekas Penyelia DUN Kuala Balah, Jeli.

Ramlan Mat telah dipecat daripada jawatannya. Ketika dilantik, puak-puak PKR Kuala Balah pun tak setuju Ramlan yang juga merupakan bekas calon PRU-13 untuk DUN Kuala Balah untuk jawatan berkenaan.

Seramai 50 orang penyokong Ramlan Mat menyerbu rumah Menteri Besar Kelantan semalam untuk mendapatkan penjelasan dan meminta pemecatannya ditarik balik.

Ramlan Mat dari PKR. Ada banyak isu tentang Ramlan Mat. Antara yang kerap diperkatakan tentang Ramlan ialah perangai pemalasnya, tidak boleh dipercayai, kurang menitikberatkan hal agama dan terlalu lebih mementingkan ahli keluarganya.

Justeru, disebabkan itulah jawatan sebagai Penyelia DUN ditarik balik dan jawatan tersebut akan diserahkan semula kepada orang PAS memandangkan dari awal lagi, jawatan Penyelia DUN Kuala Balah memang dipegang oleh orang PAS.

PKR Kelantan terlalu banyak tidak berpuas hati dengan PAS terutama selepas Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar menggantikan Nik Abdul Aziz yang sudah terlalu uzur dan gagal menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar. Ahmad Yaakob seringkali dilihat seperti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah yang dimusuhi dan ditikam dari belakang oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri sehinggalah dia meninggal dunia.

Dan sama seperti Tan Sri Azizan, Ahmad Yaakob juga dikatakan terlalu mesra-UMNO!

Nampaknya kemelut hubungan PKR-PAS tidak akan berkesudahan. Ahmad Yaakob perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemarahan luar biasa daripada AMK khususnya apabila memecat Ramlan Mat yang tidak tsiqah, kaki betina, agama ke laut dan terlalu memberikan kelebihan kepada ahli keluarga sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog