Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

22 February 2014

Kemalangan Maut : SPAD Perlu Pemantauan Drastik


Kemalangan bas henti-henti di KM3.5 Jalan Genting Highland pada 20 Ogos 2013.  

KENYATAAN AKHBAR: SPAD AKAN MENELITI LAPORAN AUDIT KEJADIAN 
KEMALANGAN BAS HENTI-HENTI DI KM35 JALAN GENTING HIGHLAND

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) telah meneliti dan mengambil 
maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan
Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala 
syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang 
melibatkan proses atau prosedur.

Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam 
Darat 2010, S.P.A.D juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain.
 S.P.A.D sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem 
pengangkutan awam darat.

Punca utama kemalangan pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan
 kelajuan yang tinggi. “Human Factor” adalah salah satu aspek penting yang perlu 
diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Sehubungan ini, S.P.A.D telah 
mengambil langkah pencegahan drastik.

Antaranya: Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP 
Keselamatan) yang diwartakan pada 20 Ogos 2013 menyeru semua operator 
memberi penekanan khusus kepada segala aspek keselamatan, penyelenggaraan
 dan mengawal selia pemandu.


Selain itu, Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di 
kawasan tanah tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013 memberi 
penekanan khusus kepada pengurusan pemandu, pematuhan U.N.E.C.E Rule 66 
/ADR (super structure), Rule 80 pemasangan tali pinggang keledar bagi semua 
kerusi didalam bas, pemasangan GPS dan pemasangan sistem keselamatan brek 
seperti “engine retarder” diwajibkan.

Semua pengendali bas ekspress dan henti-henti diwajibkan untuk mematuhi segala 
perkara yang termaktub dalam perkeliling tersebut yang mana turut dijadikan syarat 
pelesenan. Ini merupakan langkah kawalan tambahan dan telah dijadikan syarat 
pelesenan yang telah dikuatkuasakan oleh S.P.A.D dengan matlamat menangani 
kelemahan-kelemahan aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali yang 
boleh mengurangkan risiko kemalangan.


Pada masa yang sama, S.P.A.D telah menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat 
bas yang terlibat dengan kes kemalangan ini. Setelah meneliti secara terperinci 
segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut, 
S.P.A.D telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd 
pada 25 November 2013.

SPAD sentiasa mengemaskinikan segala proses dan prosedur berkaitan Surat 
Tawaran Kelulusan (STK) yang dikeluarkan berdasarkan maklumat syarikat atau 
individu, dan Permit Kenderaan yang mana hanya akan dikeluarkan setelah 
mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan JPJ dari segi spesifikasi 
teknikal kenderaan dan surat kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM.

Spesifikasi teknikal ini merujuk kepada aspek kerangka kenderaan 
perdangangan/bas, jumlah penumpang berdiri dan duduk, kesesuaian 
kenderaan tersebut dilaluan yang diluluskan dan lain-lain perkara yang telah 
ditetapkan oleh pihak JPJ.


S.P.A.D sentiasa menyambut baik segala cadangan Kerajaan untuk meningkatkan 
kualiti pengangkutan awam negara, termasuk cadangan untuk mewujudkan 
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara.

Walaubagaimanapun, kajian menyeluruh harus dijalankan bagi mengelakkan 
pertindihan fungsi dan tanggungjawap antara agensi.


Selain itu, SPAD juga ingin mencadangkan supaya penstukturan semula agensi-
agensi yang berkaitan dengan lanskap keselamatan jalanraya di Malaysia 
dilaksanakan bagi memastikan transformasi keseluruhan industri ini dapat dijalankan.
http://www.1peluru.com/2014/02/human-factor-kemalangan-bas-spad.html

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog