Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

31 January 2014

Lepas Hampir 3 Tahun, Kini JPS Bersuara


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Penduduk Kampung Pindah, Kampung Baru di sini mahu pihak berkuasa memberi jaminan untuk menyelesaikan isu tanah mendap yang berlaku di kawasan itu sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Mereka mendakwa, sebelum ini pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pernah mengeluarkan perancangan baik pulih pada tahun 2012 menyatakan tindakan itu akan selesai sepenuhnya pada 2015.
Ahli Jawatankuasa Bertindak Terowong Sungai Bunus, Kampung Pindah, Kampung Baru, Sharul Ahmad, 40, menyatakan rasa curiganya terhadap kenyataan yang dikeluarkan pihak JPS mengenai isu itu.
"Pada 2012, mereka memberi harapan kepada kami untuk menyelesaikan masalah itu sehingga 2015, namun sehingga hari ini kerja-kerja tersebut terbiar sahaja.
"Kini, JPS kata kerja-kerja baik pulih kawasan kami dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2015. Kenapa dulu ambil masa tiga tahun, tetapi sekarang dalam setahun lebih sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Sharul mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS, Wan Mohd. Sulaiman Wan Ismail hari ini berhubung tindakan yang akan diambil pihaknya terhadap kawasan tanah mendap itu.
Menurut Wan Mohd. Sulaiman, kerja membaik pulih kawasan itu dijangka bermula pada Julai tahun ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak itu, Zainal Frederick Zakaria, 45, mempersoalkan sikap pihak terlibat dalam usaha membaik pulih kawasan tersebut kerana sehingga hari ini mereka masih belum berjumpa penduduk untuk mengadakan perbincangan.
"Saya pelik kenapa mereka tidak mahu berjumpa dengan kami yang mewakili penduduk di sini kerana kami bukannya mahu salahkan sesiapa, cuma mahukan penjelasan berhubung beberapa perkara.
"Saya sokong tindakan memulakan kerja baik pulih di kawasan ini, tetapi kenapa sehingga hari ini mereka tidak mahu bersemuka dengan kami," katanya.
Tambahnya, badan bertindak itu menyambut baik jika pihak yang terlibat seperti JPS, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru atau Kementerian Wilayah Persekutuan mahu duduk berbincang dengan mereka.
Dalam pada itu, Zainal Frederick menolak sebarang tawaran untuk dipindahkan sementara ke Projek Perumahan Rakyat atas beberapa sebab.
"Mereka perlu faham yang kami bukannya penduduk setinggan. Kami memiliki tanah sendiri dan sudah biasa dengan persekitaran sekarang ini.
"Jika pindah, siapa yang mahu tanggung kos sara hidup kami seperti sewa rumah, penempatan pasu bunga dan barang lain seperti basikal," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20140131/wk_04/Penduduk-mahu-pihak-berkuasa-tunaikan-janji-untuk-baik-pulih#ixzz2rxWKQjYy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog