Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

24 January 2014

JPS, DBKL, PPKB Terus Lembab

Penduduk minta masalah diatasi secepat mungkin

Semenjak kejadian tanah mendap pada April 2011, kini hampir mencapai genap 3 tahun, pihak kerajaan masih belum dapat menyelesaikan masaalah yang dihadapi mangsa yang terbabit dan tiada maklumbalas dari pihak berwajib mengenai kedudukan dan status palong untuk masa kini dan masa hadapan. 

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Penduduk meminta saluran air atau palung yang terdapat di bawah tanah di Kampung Pindah, Kampung Baru di sini diganti baharu bagi mengatasi kejadian tanah mendap.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Terowong Sungai Bunus, Kampung Pindah, Kampung Baru, Zainal Frederick Zakaria, 45, berkata, selagi palung yang telah berusia hampir 43 tahun itu tidak dibuang, masalah itu tidak akan dapat diselesaikan.
“Pihak Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) selalu menggembar-gemburkan untuk membangunkan Kampung Baru, tetapi palung ini seharusnya dapat diatasi.
“Pendapatan kami juga terjejas kerana tanah di sini seolah-olah tidak mempunyai nilai kerana masalah itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Tanah mendap yang kerap berlaku di kawasan itu telah meresahkan hati penduduk, lebih-lebih lagi apabila pihak bertanggungjawab didakwa lambat mengambil tindakan.
Sementara itu, Zainal menjelaskan, penduduk tidak tahu sama ada tanah mereka selamat untuk diduduki kerana tiada notis secara bertulis yang menyatakan perkara itu.
“Kami juga tidak mengetahui secara terperinci rancangan kerajaan berhubung pembangunan di kawasan ini.
“Kami sudah hilang arah tuju kerana tanah ini merupakan hak kami, tetapi nampaknya seolah-olah tidak pihak yang mahu membantu kami" katanya.
Dalam pada itu, timbalannya, Abdul Ghani Mohd. Noor, 50, mempersoalkan sikap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang masih tidak mengeluarkan sebarang notis berhubung status keselamatan penduduk yang menetap di kawasan berkenaan.
“Saya juga hairan mengapa PKB tidak boleh membantu dalam menyelesaikan masalah di Kampung Pindah yang kecil ini, sedangkan mereka mahu membangunkan seluruh kawasan Kampung Baru ini.
“Saya juga kesal dengan sikap segelintir pemimpin yang sebelum ini berjanji untuk menyelesaikan segala masalah kami. Malangnya sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan dibuat untuk membantu penduduk," katanya.
Sementara itu, ahli jawatankuasa badan bertindak itu, Sharul Ahmad, 40, menyatakan bahawa beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,000 sebulan akibat rumahnya retak.
“Dulu, isteri saya menjadikan rumah kami sebagai pusat jagaan kanak-kanak dan ia merupakan sumber pendapatan kami.
“Bagaimanapun, akibat masalah itu ramai penduduk bimbang untuk menghantar anak mereka sekali gus menjejaskan pendapatan kami," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20140124/wk_03/Penduduk-minta-masalah-diatasi-secepat-mungkin#ixzz2rHteS4Rb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog