TACLOBAN - FILIPINA. Setiausaha Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeneral Ban Ki-moon melawat pusat mangsa Taufan Haiyan di Filipina, semalam.

Beliau berjanji untuk mengumpulkan dana sekurang-kurangnya AS$800 juta (RM2.63 bilion) bagi membantu rantau itu kembali bangkit daripada kemusnahan akibat bencana alam bulan lalu itu seperti dipetik dari laporan AFP.

Kedatangan Ki-moon disambut nyanyian ‘Jingle Bells’ oleh kanak-kanak sekolah dan beliau kelihatan menepuk tangan serta memberitahu kepada kanak-kanak itu, "Tolong bertahan. Jangan putus asa. Kami datang untuk membantu".

Walaupun hanya melawat selama dua jam, Ki-moon adalah pemimpin dunia yang paling menonjol untuk melawat tanah kawasan bencana.

Taufan Haiyan mengorbankan sekurang-kurangnya 61,000 dan lebih 1,700 disenaraikan hilang.

Manakala taufan itu turut merosakkan lebih daripada satu juta unit rumah dan 27,000 orang dilaporkan cedera.

“Saya berdiri di sini dengan hati yang sangat berat dan sedih,” katanya kepada pemberita.

Beliau mendakwa apa yang dilihatnya adalah menjangkaui bayangannya.

Katanya lagi, PBB akan mencuba mendapatkan dana bantuan itu dalam tempoh 12 bulan dan menyediakan bantuan seperti makanan, air, tempat perlindungan dan kebersihan.

Menurut satu kenyataan PBB, sebanyak 30 peratus daripada dana itu iaitu AS$237 juta (RM779 juta) telah berjaya dikumpulkan.


http://www.sinarharian.com.my/pbb-minta-kanak-kanak-filipina-jangan-putus-asa-1.233085