Syiah Pasti Tercengang Bila Dengar Salah Silah Keluarga Imam Mereka

Klik Untuk Bantah COMANGO

06 December 2013

Gardenia Syed Mokhtar Kasi Melayu Konfius

Patut sokong ke patut boikot Gardenia ni.. kita ingat ianya adalah salah satu usahaniaga dibawah tampuk TS Syed Mokhtar dan rasanya Syed Mokhtar ni adalah penyokong kerajaan BN.. Apakah motif Gardenia memberi sumbangan kepada MalaysiaKini yg dikenali selalu hanya bersikap negatif kepada krjn dalam artikel2nya. Gua konfius babe!!


Gardenia perlu beri penjelasan...Jangan Nak Tunjuk Baik Lah

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pengurusan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diminta menjelaskan tindakannya memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, umum mengetahui pemegang saham terbesar di dalam Gardenia ialah Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

“Umum juga mengetahui bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional termasuk mempersoalkan fungsi Bernas.

“Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?

“Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang bertajuk Gardenia tampil sokong dana bangunan M’kini memetik Kim Shin sebagai berkata, “syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul".

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Laporan portal berita propembangkang itu turut memetik kenyataan Kim Shin bahawa Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.

“Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia. Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," kata Kim Shin dalam laporan itu.

Johari mempersoalkan apakah Kim Shin sedar bahawa Malaysiakini lebih memihak kepada pembangkang dan laporan-laporan berita yang ditulis seringkali diputar oleh Malaysiakini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan.

“Tidak cukupkah dengan isu bangsa Melayu ditindas dari segi ekonomi, kini hadir pula isu Gardenia yang seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan dan bangsa Melayu yang membantu syarikat Gardenia, dan ini yang dibalas oleh mereka," tegas beliau.

5 comments:

  1. ..kita tidak tahu, mungkin ada tangan ghaib yang suruh ..kalau tak sponsor kilang/gudang kena tutup, kan depa bela gangster..

    ReplyDelete
  2. selama ini hanya roti gardenia satu2nya jadi pilihan..tapi skrg dah keliru nak teruskan..ada ke lagi jenama roti 100% jenama melayu..harap dapat bantuan segera..tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti intisari .... rasanya milik orang islam juga

      Delete
  3. Berdasarkan petikan di atas, yang buat keputusan bukanlah TSM. Kita tak boleh paksa kawan kawan mahupun sesiapa menyokong apa yang kita sokong.... Saya percaya isu ini akan diperjelaskan dalam masa terdekat... Semoga TSM berjaya.....

    ReplyDelete
  4. Sebab Gardenia bukan milik melayu brader... semua orang pun belum paham lagi...hadeiiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog