"Dalam operasi dari pukul 3 hingga 6 petang pada 31 Oktober lepas, kami merampas 68 salinan COA tiruan Microsofts Windows 7," katanya dalam satu kenyataan.
  
Rosli berkata COA itu tidak mempunyai nilai komersial dan tidak boleh dijual berasingan daripada produk perisian tetapi apabila dilekatkan pada perisian tiruan, memberi gambaran perisian itu ada berlesen dan sah.
  
"Sesetengah pengeluar perisian menggunakan pelekat-pelekat COA dengan pelbagai ciri keselamaatan yang sukar ditiru untuk mengenal pasti sesuatu produk itu tulen, sedangkan pelekat COA tiruan bermutu rendah dan mungkin hanya mengandungi beberapa ciri keselamatan sahaja.
   
"Oleh itu jika pembeli tidak memberi perhatian, mereka dengan mudah ditipu oleh penjual komputer yang licik yang cuba menyakinkan pembeli perisian dibeli itu sahih.
   
"Adalah penting bagi pembeli mengkaji terlebih dulu dengan meneliti laman web pengilang perisian untuk mengetahui perbezaan antara produk tulen dengan tiruan dan membeli hanya daripada peniaga komputer terkemuka dan bertegas hanya mahu perisian tulen," kata beliau. - Bernama