Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

09 November 2013

PAS Mula Sedar Utk Pulang Kepangkal Jalan

SAYA TANDING SEBAB SAYA MAHU HALAU LIBERALISME DALAM PAS



Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar parti minggu depan menegaskan mahu mengembalikan PAS pada perjuangan asalnya dengan menolak fahaman liberalisasi.
Abu Bakar berkata PAS perlu diperkasakan semula memandangkan PAS dilihat terus mendapat perhatian pengundi baru yang mahu menyertai parti itu.
“PAS sebagai sebuah parti politik, PAS seharusnya dipimpin secara konsisten dan tidak dipengaruhi dengan perkara-perkara yang boleh meliberalkan PAS.
“Hala tuju PAS tidak boleh diliberalisasikan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media khasnya di Ibu Pejabat PAS Pusat ketika mengumumkan peranan yang mahu dibawanya jika berjaya menerajui parti itu sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015.
Justeru katanya, beliau mahu PAS berhenti membawa satu persepsi kepada orang ramai yang parti itu bercelaru sehinggakan mendatangkan banyak kesan kepada ahli parti sendiri.
“PAS tidak boleh membawa elemen mengelirukan orang sehingga PAS ini dilihat hilang hala tujunya sehinggakan ada di dalam PAS berfikir begini…begini…begini…
“Jadi PAS itu harus diperkasakan kepimpinannya dan kebulatan fikrah dan pemikiran kepimpinan,” katanya.
Selepas 15 tahun tidak bertanding, akhirnya beliau tampil semula bagi merebut jawatan itu dan mentransformasikan PAS supaya dapat menyekat fahaman liberal dari terus menular bukan sahaja dalam kalangan ahlinya sendiri tetapi pada rakyat juga.
“Saya melihat PAS sebagai sebuah pergerakan Islam dan parti politik yang makin hari makin mendapat sambutan, dan kerana itu PAS perlu melonjak sebenarnya untuk perlu diperkasakan dalam beberapa perkara sekiranya dilihat ada kekurangan dalamnya.
“Saya memikirkan ada wajarnya saya masuk semula ke dalam persaingan dan dalam Dewan Harian itu,” katanya.
Beliau juga akur dengan pertandingan lima penjuru bagi merebut jawatan berkenanan.
Pencabar Abu Bakar adalah Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mempunyai kehebatannya yang tersendiri.
“Saya sudah memikirkan persaingan saya dan saya menyerahkan kepada ahli-ahli dengan apa yang saya mahu bawakan tadi di dalam PAS,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog