Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

05 November 2013

Email From PM

Saudara yang dikasihi,

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Alhamdulillah, sekali lagi berkat izin-Nya, kita dapat menyambut Maal Hijrah dalam suasana penuh aman.

Peristiwa hijrah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah junjungan kita, Muhammad SAW dalam menyebarkan syiar Islam semestinya banyak mengajar kita bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, perjuangan dan pengorbanan.



Dipetik dengan penuh iktibar sepotong firman Allah Subhanahu Wa Taala dari Surah Al-Taubah, ayat ke-20, mafhumnya:

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita semua menghayati erti penghijrahan dan pengorbanan ini, dalam kita meniti kehidupan seharian.

Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1435H, semoga Allah SWT memberkati kehidupan anda, insya-Allah.

Najib Razak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog