Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

05 October 2013

Teguran Untuk KJ Ke ni?

Sesuatu Yang Pelik Berlaku di Majlis Ini ... LANGGAR @ TIDAK LANGGAR PERATURAN KEMPEN NI ?? ... BOLEH SESIAPA TOLONG JELASKAN !?? ...

http://aloqstaqblog.blogspot.com/2013/10/sesuatu-yang-pelik-berlaku-di-majlis.html


Aku konfius dan amat heran betollah ..

Jelas sangat mutakhir ini, ada calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO 2013 yang mempunyai jawatan dalam Kerajaan Malaysia nampaknya menggunakan jawatan yang mereka sandang sekarang untuk bertemu "segolongan insan-insan" di dalam majlis-majlis yang dikatakan telah dianjur oleh / berkaitan dengan 'kementerian'...
.
Aku mendapat maklumat ini pun daripada rakan-rakan yang berada seluruh negara yang kini kurang berpuas hati dengan cara calon-calon berjawatan dalam Kerajaan yang nampaknya sungguh ghairah dan ligat membuat majlis / pertemuan / ramah mesra yang kononnya majlis rasmi kementerian, tetapi dalam masa yang sama seolah-olah telah menggunakan majlis tersebut sebagai tempat melobi diri bagi menghadapi pemilihan UMNO yang bakal menjelang ...

Apakah ini tidak menyalahi peraturan yang telah dikeluarkan oleh Badan Disiplin Parti? 

Kalau tak salah aku lah, jika merujuk Peraturan berikut :
Tata Etika Ahli UMNO:

Perkara 5   : SALAHLAKU  

5.6        Majlis dan Pertemuan.

5.6.1     Kecuali untuk perhimpunan,pertemuan atau majlis yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan/atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri,Ahli ahli parti dilarang di dalam tempoh Pemilihan menganjurkan, samada secara langsung atau tidak langsung, sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa apa majlis yang membabitkan Ahli ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana mana calon bagi mendorong seseorang ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain bagi mana mana peringkat pemilihan parti.

Jika merujuk peraturan ini, nampaknya ada yang telah melanggar tembok ni !!! ... Jawatankuasa Disiplin Parti kena lihat sedalam-dalamnya perkara ini dan  perlu jelaskan mengenai perkara ini kepada sekalian calon-calon dan ahli-ahli yang layak mengundi dalam Pemilihan UMNO kali ini ...

Salah satu contoh tempat/majlis yang dikatakan begitu jelas berlaku perkara sedemikian : Majlis Ramah Mesra ; Kementerian Belia dan Sukan di Kampung Pandan dua malam lepas ...

Dimaklumkan bahawa kehadiran tetamu di dalam majlis itu, kebanyakkannya terdiri dari kalangan PEMUDA MELAYU dan dikatakan langsung tidak ada kehadiran PEMUDI / BELIA PEREMPUAN ... Kalau ada pun, belia perempuan hanya boleh dikira dengan jari tangan !! ... Biaq Benaq niie ?!! ...

Sudahlah begitu ... Kehadiran belia di majlis Ramah Mesra itu pula hanya dari kalangan LELAKI MELAYU sahaja ! Kenapa KBS hendak beramah mesra hanya dengan BeliaMELAYU semata-mata ?

Belia di kalangan Perempuan pun tak ada, Belia di kalangan Bangsa lain pun tak ada (kalau adapun, tidak ramai) ... Nampak sangatlah pertemuan ini hanya khusus kepadaBELIA LELAKI / PEMUDA MELAYU bagi bertemu  beramah mesra dengan seorangCalon Pemuda Parti Melayu (yang berjawatan Menteri) dinamakan majlis tersebut bertajuk : RAMAH MESRA ! (Bukan KEMPEN) ...

Keadaan ini sungguh sangat pelik.

Blog ini cuba untuk mendapatkan bukti bergambar dari sesiapa yang menyertai majlis tersebut, InsyaAllah akan dimasukkan kemudian.

Mohon pihak bertanggungjawab khasnya Badan Disiplin Parti dapat memberi pencerahan mengenai perkara yang pelik ini.

Sedangkan calon-calon lain terpaksa mengikut sesi pengenalan calon melalui IbuPejabat UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan begitu bersusah payah ...

Sudahlah begitu, calon-calon lain wajib mengikut segala peraturan berkempen yang telah digariskan, tetapi ada pula pihak yang nampaknya membuat "sesuatu pertemuan" melalui kaedah yang NAMPAKNYA SEAKAN-AKAN MELANGGAR PERATURAN ...

Tak adillah begini , derrr ... !!!


AloQStaQ
JUMAAT
11.22 Mlm
04 September 2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog