Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

25 October 2013

Securiforce Difitnah, motif politik?


Dibawah adalah kenyataan rasmi dari pihak Securiforce mengenai tuduhan beberapa media dan blog mengenai kisah tembakan dan rompakan di Ambank yang meragut nyawa seorang wanita. Apakah tujuan fitnah yang dilemparkan kepada pihak Securiforce?

fz.jpg
PETALING JAYA (OCT 25) : KAWALAN PRIMA SDN BHD. THAT IS THE NAME OF THE SECURITY COMPANY THAT HIRED A MURDERER.
Saya dengan penuh bertanggungjawab, ingin memperjelaskan dengan benar kepada kenyataan-kenyataan palsu, tidak tepat dan yang mempunyai agenda-agenda lain bahawa SECURIFORCE SDN BHD bukanlah syarikat yang terlibat menggajikan Pengawal Keselamatan yang menembak mati Pegawai Bank (AMBANK) Cawangan Subang Jaya baru-baru ini. Kami amat kesal dengan fitnah yang dilemparkan dalam blog tuan, kenyataan-kenyaatan murahan, yang malas membuat research, yang miskin dengan sumber maklumat dengan pandai-pandai dan sesuka hati menamakan SECURIFORCE sebagai syarikat yang terlibat dan seterusnya membabitkan nama Yang Berbahagia Datuk Hjh Maznah Hamid selaku pemilik syarikat.
Susulan daripada itu, saya bagi pihak SECURIFORCE SDN. BHD. memberi PERINGATAN dengan tegas bahawa pernyataan-pernyataan yang tidak betul dan tidak tepat seperti ini boleh menyebabkan pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini kerana kandungan lapuran yang dimuatkan lebih menunjukkan satu niat yang buruk, mencemarkan peribadi seseorang dan secara langsung ditujukan kepada SECURIFORCE SDN. BHD.
Saya ingin memperingatkan kepada tuan agar lebih bertanggungjawab, carilah maklumat dengan tepat dan betul sesuai dengan peranan dan etika untuk menyampaikan berita, komen, maklumat yang benar kepada umum. Untuk pengetahuan tuan, warga alam maya pada masa sekarang lebih bijak dan beinformatif untuk menilai sebarang berita. Berkemungkinan mereka mempunyai informasi yang lebih betul dan tepat daripada berita tuan seperti yang dikutip dari tong sampah ini. Seharusnya saya bersimpati dengan tuan. Jadilah seorang blogger yang sebenar, bukan sebagai ‘blocked head’. Sebagai panduan, dan sedikit tips kepada tuan, maklumat sebenar syarikat yang terlibat sentiasa boleh didapati dengan tepat daripada :
1.    Kementerian Dalam Negeri (Bahagian A, Keselamatan, KDN),
2.    Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
3.    Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM),
4.    AMBANK atau
5.    sila layari www.fz.com.
6.    Sila layari www.malaysiandigest.com
7.    Syarikat yang terlibat, KAWALAN PRIMA SDN BHD (www.kawalanprima.com.my)
Sehubungan dengan itu, dengan maklumat yang disediakan, pihak kami menuntut agar tuan bertanggungjawab untuk memperbetulkan fakta yang sebenar secepat mungkin. Sekiranya memerlukan penjelasan dan maklumat lanjut sila hubungi pihak kami. Kami sedia untuk bekerjasama demi menyatakan kebenaran.
Ini adalah satu kes sensitif yang melibatkan kematian dan memberi impak kepada waris yang masih hidup. Janganlah mempermain-mainkan situasi ini. Seharusnya tuan meminta semua pengikut blog untuk sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah atau memberi apa jua bentuk sumbangan kepada warisnya. Bukan membawa niat buruk tuan untuk cepat popular.
Marilah kita bersama sedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarhamah mangsa, dan ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Sekian, terima kasih.

JALIL IBRAHIM
Pengarah
SECURIFORCE SDN. BHD.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog