Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

02 October 2013

Lim Guan Eng Tewas Undi Popular

ANALISIS : CERITA DISEBALIK LIM GUAN ENG DAP 'TERGOLEK' DI CEC DAP !!

Percayalah! Lim Guan Eng DAP yakin dengan usaha murni Kerajaan Persekutuan BN untuk memperkuatkan ekonomi negara!


Sila baca entri terbaru Setiausaha Agung DAP yang baru dilantik semula itu walau pun beliau jatuh ke tangga 5 dan mendapat undi popular yang berkurangan :

Kejayaan Pulau Pinang dalam sektor perkhidmatan juga telah menarik First Solar, peneraju dunia dalam tenaga solar, untuk menubuhkan shared services outsourcing hub milik syarikat ini, bukan di kilang mereka di Kulim tetapi di Pulau Pinang. Ini memberikan kita keyakinan bahawa pelaburan yang besar oleh Kerajaan Persekutuan di Kedah juga akan akhirnya memberi manfaat kepada Pulau Pinang.seterusnya
MiM tidak pasti sama ada media pro-pembangkang seperti SorosKiniMalaysiaKini akan laporkan kenyataan Lim Guan Eng itu tapi kita sudah dapat mengagak jawapannya.

Satu lagi kenyataan kontroversi Lim Guan Eng DAP yang dianggap kena balik ke batang hidung beliau sendiri ialah kenyataan beliau semasa merasmikan Kongres Khas Kebangsaan DAP pada 29 September 2013 di One World Hotel, Selangor.

Di antaranya :

Malaysia adalah negara yang sudah pun bangkit dengan laungan kuat ‘Ubah’. Rakyat Malaysia kini menanti-nantikan bila perubahan akan terjadi. Jangan lupa bahawa kita memenangi PRU ke - 13 dengan 51% undi popular. Perdana Menteri sebenarnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita menang undi, tetapi kemenangan kita dinafikan. seterusnya
Tetapi macam mana pula dengan keputusan pemilihan semula CEC DAP tersebut?

1. Liew Chin Tong mendapat undi popular tertinggi sekali iaitu 1,438 undi tetapi di manakah beliau dalam hierarki CEC DAP?

2. Bagaimana pula dengan Gobind Singh yang berjaya mengatasi Lim Guan Eng dan mendapat undi popular lebih banyak daripada anak Kit Siang itu?



3. Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan CEC :

1. Liew Chin Tong - 1,438 (14) 
2. Lim Kit Siang - 1,436 (1) 
3. Karpal Singh - 1,421 (3) 
4. Gobind Singh - 1,409 (7) 
5. Lim Guan Eng - 1,304 (2) 
6. Chong Chieng Jen - 1,294 (4) 
7. Anthony Loke Siew Fook - 1,263 (5) 
8. Chow Kon Yeow - 1,203 (13) 
9. Fong Kui Lun - 1,193 (10) 
10. Teng Chang Khim - 1,164 (9) 
11. Tony Pua - 1,158 (8) 
12. Zairil Khir Johari - 1,132 (20) 
13. Teresa Kok - 1,127 (17) 
14. Chong Eng - 1,111 (12) 
15. M. Kulasegaran - 1,088 (15) 
16. Tan Kok Wai - 1,088 (6) 
17. Teo Nie Ching - 1,081 (18) 
18. Choon Cheng Hau - 961 (16) 
19. Nga Kor Ming - 956 (11) 
20. Ngeh Koo Ham - 809 (19)
4. Di bawah adalah susunan CEC DAP 2013 - 2016 :
Pengerusi: Karpal Singh 
Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai 
Naib Pengerusi: 
Chow Kon Yeow
Chong Chieng Jen
M Kula Segaran
Teresa Kok
Dr Ariffin Omar 
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng 
Timbalan Setiausaha Agung: 
Chong Eng
Ngeh Koo Ham
P Ramasamy 
Bendahari: Fong Kui Lun 
Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming 
Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook 
Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven 
Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee 
Timbalan Setiausaha Publisiti: 
Teo Nie Ching
Zairil Khir Johari 
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar 
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong 
Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau 
Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin 
Ketua Parlimen Parlimen: Lim Kit Siang
Jawatankuasa Disiplin 
Pengerusi: Tan Kok Wai 
Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy 
Biro Pilihanraya 
Pengerusi: Tan Kok Wai
Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong 
Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo 
Biro Pakatan Rakyat 
Pengerusi: Teng Chang Khim
Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa Kok, Gobind Singh Deo 
Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran 
Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan 
Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony 
Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi 
Whip: Anthony Loke Siew Fook 
Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran 
Jawatankuasa Keahlian 
Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook
Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
5. Liew Chin Tong yang mendapat undi terbanyak, TIDAK memegang jawatan Pengerusi atau Setiausaha Agung DAP tetapi hanya Pengarah Pendidikan Politik.

6. Gobind Singh yang berjaya mengatasi Lim Guan Eng, bukan memegang jawatan yang lebih tinggi daripada anak Lim Kit Siang itu tetapi hanya Pengerusi Biro sahaja.

7. Malah, Tan Kok Wai yang berada di tangga 16 adalah Timbalan Pengerusi DAP!

8. Makanya, jika Lim Guan Eng benar-benar walk his talk dan percaya 'bermati-matian' tentang konsep 'undi popular' PRU13 maka Lim Guan Eng sepatutnya berasa malu untuk mengambil jawatan Setiausaha Agung DAP. Betul tak?

9. Bukan apa, kredibiliti anak Lim Kit Siang itu akan sentiasa dipertikaikan, mungkin dijadikan bahan lawak oleh rakyat malah mungkin menjatuhkan maruah setiap ahli dan penyokong parti tersebut.

10. Persepsinya ialah 'calon tergolek jatuh ke nombor 5 tapi boleh pula pegang jawatan terpenting dalam parti!'

11. Malah, persepsi itu sudah menjadi viral dan menjadi perbualan hangat rakyat. 

12. Sudah tentu ada yang menyindir dan mungkin menyampah, 'cakap aja lebih, konon PR menang PRU13 sebab undi popular tapi bila kena diri sendiri, tak pula nak praktikkan!"

13. Bagaimanakah cara Lim Guan Eng DAP berdepan dengan ahli-ahli DAP sebagai Setiausaha Agung DAP padahal semua orang tahu beliau ditolak oleh perwakilan Kongres DAP ke tangga 5?

14. Yang lebih malangnya ialah apakah komen dan kenyataan beliau selepas ini ada kredibiliti lagi ?

15. Dan jika DAP benar-benar 'Malaysians' seperti yang didakwa oleh kepimpinan DAP kenapa wujud segregasi biro yang mewakili kaum-kaum tertentu iaitu Dayak dan Kadazandusunmurut dalam parti tersebut?

Jawab jangan tak jawab !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog