Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

26 September 2013

Tuduhan Berat Anak Nazri Beli Bungalow 7 Juta

MEMOHON PENJELASAN DATO’ SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.


Kenyataan Umum

Tarikh: 26 September 2013

MEMOHON PENJELASAN DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH 
LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota 
keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu 
oleh pihak yang tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan 
SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan 
parti itu.

Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas 
keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen 
dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.

Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan 
dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri 
kabinet.

Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari 
sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang 
sedemikian tinggi? 


Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak 
bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika 
melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana 
bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri? 

Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos 
rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus 
dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri 
ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan 
yang diistiharkan.

Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini 
pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno 
diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai 
RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - 
biasa.

Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan 
dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu 
ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang 
jutawan dengan siap pengawal peribadi.

Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi 
kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.

Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan 
persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain 
yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.

Sekian.

Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2013/09/memohon-penjelasan-dato-seri-mohamed.html#sthash.QaQTQ9EU.dpuf

4 comments:

  1. APA YANG KO SUSAH HATI SANGAT BASTARD (BARD), TU PELIWAT PUNYA RUMAH TAK MAU CERITA KAH BERAPA JUTA YANG KO SEBOK NAK JADIKAN ISU RUMAH ANAK NAZRI. KALAU DAH BAHALOL TU BAHALOL LAH JUGAK, ITU LAH LEBIH SANGAT KO JILAT BONTOOT NUAR TU SEKARANG KO DOK MERAPU. KALAU BAPAK KO MENTERI KO NAK JADI PAPA KEDANA KE, LOW PROFILE KE TINGGAL KAT GHUMAH SETINGGAN, NTAH-NTAH KO LAGI TERUK. INI LAH DASAR HASAD DENGKI TAK ABIS-ABIS, KALO ANAK MENTERI CINA YANG KAYA KO TAK AMIK KISAH TAPI KALAU MELAYU JE YANG KAYA KAU SAKIT HATI...PUKIMAK LU. GUNA KEPALA OTAK LAH BUKAN KEPALA TUNKIK...BODO...

    ReplyDelete
  2. Pertama kali bagi saya sebagai penyokong kerajaan BN menyokong pendedahan SAMM.... Aku mmg menyampah dgn dia ni.!

    ReplyDelete
  3. Dedahkan lagi...Nazri Aziz adalah menteri pertama yang menentang pengistiharan harta menteri-menteri. Kalau tak bersalah, kenapa nak menentang.. Biar semuanya jelas.. Tiada lagi fitnah.. Mentaliti pemimpin sekarang bukannya nak bangunkan negara dan tolong rakyat.. Nak sebat harta negara untuk kaum kerabat sendiri.. Gunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.. Harap dimasa akan datang SPRM d akan diterajui pembangkang untuk pengurusan harta negara yang lebih telus..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog