Are you humble or arrogant?

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 September 2013

Perdana Menteri Baru Diperlukan - Part 2

Dah banyak sangat PM bagi gula2 kat cina.. last2 cuma 16% aje yg sokong BN.. Gula2 yg PM bagi pada cina memakan diri kerana melayu terasa hati.. cuma nasib baik sokong melayu PRU13 telah bantu BN menang... kini baru PM teringgat nak bagi gula2 kat melayu pulak... peringatan cuma dlm memberi jangan ikut pilih bulu pulak.. pengurus2 yg jaga program dan dana WAJIB dipantau dan harus yg berintegriti... good luck


Jumaat, 13 September 2013


@NajibRazak KETEPIKAN SYARIKAT TEKSI BUMIPUTERA ??? YANG KAYA BERTAMBAH KAYA !!!


Sangkakala tengok sekarang makin menjadi jadi syarikat Bumiputera diketepikan, seolah olah ianya tidak dapat dilihat walaupun menggunakan mata kasar atau pun halus.
Apa dah jadi semua ni? Kenapa syarikat syarikat ini dilayan sedemikian rupa sedangkan, syarikat Bumiputer ini perlu diberi perhatian demi untuk memajukan golongan Bumiputera khususnya orang orang Melayu.

Sebagai contoh, syarikat teksi milik bumiputera dilihat tidak diendahkan oleh kerajaan tapi syrikat yang dimiliki oleh keturunan billionare diberi segala macam kemudahan tidak kira dari segi promosi atau bantuan kewangan.

Ini bukan satu fitnah dan Sangkakala ambil pendekatan disini dengan memberi contoh syarikat teksi MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan, cucu kepada pengasas Tan Chong Motors (nombor 11 terkaya di Malaysia).


Dengan harta yang bernilai berbillion ringgit, Anthony Tan telah mendapat segala bagai kemudahan termasuklah promosi secara percuma dan Perdana Menteri sendiri telah mempromosikan MyTeksi di laman twitter milik beliau serta dalam mesyuarat kabinet baru baru ini.


Adakah kerana Ashman yang merupakan anak kepada Najib Razak adalah sahabat kepada Anthony maka Anthony diberi kelebihan atau ada udang di sebalik batu?

Baru baru ini juga dikhabarkan bahawa MyTeksi telah mendapat Geran sebanyak RM 1.2 juta untuk kegunaan Syarikat melalui Yayasan 1Malaysia dan MyTeksi juga pernah mendapat Geran sebanyak RM 150 ribu daripada Cradle, kenapa anak billionaire ini diberikan bantuan berupa Geran? Dan kenapa tidak diberikan sama rata dengan syarikat teksi bumiputera yang lain?

MyTeksi juga dikatakan telah meletakkan syarat eksklusif dengan gabungan 16 koperasi (Gabungan Teksi Wilayah Berhad) dimana MyTeksi telah mendapat akses kepada lebih dari 10 ribu buah teksi.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula memberikan alasan takut disaman oleh MyTeksi sekiranya memberikan bantuan kepada syarikat teksi lain, apakah kelebihan yang ada pada MyTeksi sampai boleh nak saman sebuah kementerian jika memberikan bantuan?

Sangkakala telah membuat sedikit risikan dan apa yang memeranjatkan ialah, 95% pekerja dalam MyTeksi adalah cina dan Sangkakala tidak menolak kemungkinan bahawa mereka ini adalah orang DAP dan seorang Ketua Jurutera dalam syarikat tersebut bernama Fadrizul adalah penyokong kuat himpunan blackout 505 dan dikatakan sering mengutuk dan mencari kesalahan UMNO.

Sangkakala nak ambil contoh disini, sebuah syarikat teksi Bumiputera, TaxiMonger yang mana CEO syarikat tersebut adalah orang Melayu tidak mendapat sokongan dari segi promosi dan sebagainya hanya kerana ianya adalah sebuah syarikat yang kecil, tetapi perlu diingat, syarikat ini disegani kerana mereka agresif.

TaxiMonger adalah sebuah syarikat dimana ianya dilancarkan dalam tahun yang sama MyTeksi dilancarkan cuma TaxiMonger dilancarkan awal 2 bulan daripada MyTeksi.
TaxiMonger juga pernah memenangi anugerah MSC Malaysia APICTA Awards tahun 2013 dan Top 10 Best Apps in Asia.

Adakah itu masih belum cukup untuk membuktikan bahawa syarikat bumiputera ini berkelayakan dan mampu untuk memberikan satu bentuk kesan kepada kerajaan?

TaxiMonger juga telah membuktikan bahawa dengan hasil usaha mereka sendiri, mereka telah berjaya mendaftarkan 600 buah teksi dan lebih daripada 2000 buah teksi melalui rakan kerjasama.

Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri perlu imbas kembali, adakah orang orang cina memberika undi mereka kepada kerajaan, dan kalau diingatkan kembali, Datuk Seri Najib pernah mengungkapkan persoalan yang berbunyi "Apa Lagi Cina Mau?", tapi kalau beginilah keadaan yang dilakukan oleh Datuk Seri, memang banyak yang mereka mau sebab kerajaan banyak sangat bagi, sampai terlupa bahawa ada golongan Melayu yang tak dapat apa apa.

Keturunan seorang billionaire mendapat pelbagai kemudahan, termasuklah dari segi kewangan tapi anak melayu apa pun tak dapat.

Sangkakala tahu bahawa semua ini adalah dibawah urusan PEMANDU dibawah Jabatan Perdana Menteri tetapi kenapa PEMANDU meminggirkan pesaing MyTeksi dalam mempromosikan syarikat dan khidmat mereka?

Adakah semua yang berada di dalam PEMANDU itu dikalangan atau golongan profesional atau mereka ini sebenarnya rasis dan hanya akan membantu syarikat bukan Bumiputera seperti MyTeksi?


Persoalan persoalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri dan kalau boleh tolonglah jenguk jengukkan sedikit dalam PEMANDU tu sebab Sangkakala tengok ramai sangat yang bukan Melayunya, jadi jangan sampai nanti orang Melayu rasa dah takde harapan untuk bergantung dengan kerajaan yang sentiasa memberikan kemudahan kepada orang bukan Melayu.

Baca juga dibawah utk kisah topik yg sama:
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/09/myteksi-syarikat-milik-cina-totok-anak.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog