Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

01 September 2013

Lagi Bantahan Terhadap TPPA


Khalid Atan

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kerana ia akan memudaratkan kesejahteraan 12.5 juta pekerja di negara ini.

Presidennya Khalid Atan berkata kepada Bernama, maklum balas diterima daripada organisasi mesra buruh di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain menunjukkan golongan pekerja akan menjadi mangsa kepada perbadanan besar kerana ia mengutamakan keuntungan pemegang saham.

Beliau berkata perjanjian itu juga meminggirkan banyak konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai hak pekerja dan dengan itu akan mendedahkan pekerja di Malaysia kepada eksploitasi.

Katanya turut menjadi kebimbangan ialah kos penjagaan kesihatan di Malaysia yang kini telahpun meningkat 10 peratus setiap tahun dan akan semakin meningkat ekoran harga ubat yang mahal, sekali gus semakin membebankan pekerja khususnya dalam sektor swasta.

Khalid berkata perjanjian itu juga akan membenarkan firma AS menggaji pekerja asing dan dengan itu memberi tekanan kepada kadar upah dan menjejaskan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurutnya, perjanjian itu juga akan memberi hak kepada syarikat AS untuk menyaman kerajaan menerusi penyelesaian pertikaian pelabur.

Khalid berharap kerajaan akan memberi pertimbangan serius kepada nasib pekerja dan kesejahteraan negara secara menyeluruh sebelum menandatangani perjanjian itu kerana perbadanan besar akan "mengutamakan" kepentingan mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog