• Perintah berkurung di selatan ThailandRatusan penoreh getah bertempur dengan polis di selatan Thailand.
 1 / 1 
BANGKOK - THAILAND. Lebih 200 penunjuk perasaan tetap berdegil dan melanggar perintah berkurung susulan protes penoreh getah sejak minggu lalu di selatan Thailand.

Gabenor Wilayah Nakhon Si Thammarat, Wirot Chiwarangsan berkata, mereka berkumpul di persimpangan utama lebuh raya walaupun perintah itu dikenakan selepas berlaku rusuhan dengan polis, Isnin lalu.

"Mereka menutup laluan lebuh raya dan tidak mengendahkan perintah berkurung 24 jam,"katanya kepada Reuters.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Varathep Rattanakorn memberitahu, kerajaan tidak akan berunding tentang subsidi getah yang ditawarkan selepas keputusan perbincangan muktamad dalam mesyuarat peringkat negeri, minggu lalu.