Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 September 2013

Hubungan PAS &DAP Dah Sejuk Ke?

Harun Taib mengesyorkan agar PAS mengkaji semula SIYASAH SIYASI parti itu dengan PKR memandangkan kerjasama dengan PKR telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan Melayu. Walaupun sebenarnya Harun Taib memaksudkan kata-katanya itu kepada DAP, tetapi menjadikan DAP sebagai sasaran langsung, samalah seperti orang Palestin menembak orang Israel di hadapan balai polis Zionis.


HARUN TAIB PULA MENEMPAH CELAKA DARIPADA ANWAR IBRAHIM DAN LIM GUAN ENG?

Saturday, September 14, 2013

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib sekali lagi mengualngi kecelakaan yang bakal mendatangi PAS dari segenap penjuru, termasuklah dari kalangan para pengikut PAS sendiri. Harun Taib telah mencadangkan sesuatu yang barangkali tidak masuk dek akal dan dianggap sebagai orang kerasukan yang wajar dibacakan ayat-ayat Manzil di ubun-ubun kepalanya.

Menjelang pemilihan jawatan-jawatan utama dalam kepimpinan PAS, dan pada ketika PARASIT dan IBLIS dalam PAS sedang mempergunakan Nik Abdul Aziz untuk berpihak kepada mereka, Harun Taib muncul pula dengan kenyataan yang pastinya merupakan pandangan paling TABOO.

Harun Taib mengesyorkan agar PAS mengkaji semula SIYASAH SIYASI parti itu dengan PKR memandangkan kerjasama dengan PKR telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan Melayu. Walaupun sebenarnya Harun Taib memaksudkan kata-katanya itu kepada DAP, tetapi menjadikan DAP sebagai sasaran langsung, samalah seperti orang Palestin menembak orang Israel di hadapan balai polis Zionis.

Tentu sekali ramai yang akan melompat dengan kenyataan tersebut. Dan pastinya juga, pada pengakhiran kalam, yang akan dipersalahkan adalah UMNO dan Barisan Nasional, Najib Razak dan Rosmah Mansor bahkan turut dipersalahkan juga adalah Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Alasan yang paling wajar diberikan ialah, kata-kata Harun Taib telah diputarbelit.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dibuat dalam ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dalam MULTAQA ULAMAK SE-MALAYISA yang bertema, ULAMA HARAKI BENTENG IZZAH ISLAM.

Reaksi panas sedang dinantikan. Ia akan meluap dan menggelegak. Tidak lama lagi akan meruap tanpa dapat ditahan-tahan.

Apakah kali ini, suara daripada Lim Guan Eng atau Karpal Singh atau dari mana-mana pemimpin DAP akan membuatkan Harun Taib terpaksa berpusing cakap atau para pemimpin dan penyokong PAS kemudiannya akan 'membuat pembetulan' demi menyelamatkan Harun Taib bagi mengelakkan kemarahan DAP dan Anwar Ibrahim?

Kita tunggu jer... tak lama pun lagi... tunggu sajalah kemarahan melampau daripada DAP dan PKR yang kemudian akan membuatkan PAS seperti pondan disuruh mengaku dia jantan ke betina!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog