Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

12 August 2013

Nasihat Untuk Pemimpin UMNO

Jangan Rosakkan Umno - Pesanan Najib Yang Seharusnya DiTujukan Kepada Pemimpin2 Umno Bukannya Ahli

Saturday, August 10, 2013



- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung Oktober ini tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, UMNO kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

 Sehubungan itu, Perdana Menteri amat berharap UMNO mendahului parti-parti politik lain dari segi kaedah pemilihannya yang berjalan begitu baik dan bersih serta mencerminkan tahap kematangan yang lebih tinggi daripada mana-mana parti politik lain. 



 - ‘‘Kita harap tujuan dan semangat itu akan dihayati oleh ahli-ahli UMNO, maknanya kita nak jadikan UMNO itu lebih inklusif, demokratik dan kedua bebas daripada rasuah wang," katanya.


Ini yang saya maksudkan melalui artikel saya minggu lepas - Yang Tidak Faham Demokrasi Itu Ahli Atau Pemimpin Umno ?   .

Yang sibuk berpakat sesama sendiri kemudian gatal mengusulkan supaya jawatan2 tertentu tidak dipertandingkan itu SIAPA ?

Calon bertanding yang kalah dan dikhuatiri akan merajuk dan keluar parti atau menyebabkan parti berpecah itu SIAPA ?

Tangan yang memberi dalam soal politik wang itu milik SIAPA ?
Kerja cantas mencantas ..... siapa punya kerja ?

Dan dalam konteks hubungan blogger-pemimpin pula - Yang menggaji / membayar mana2 blogger supaya dapat membantu memenangkan diri pula SIAPA ?

Bukankah jawapan kepada semua soalan diatas adalah sama iaitu - PEMIMPIN2 UMNO SENDIRI !

Jadi janganlah dituding jari menyalahkan semua permasalahan parti kepada ahli2 kalau puncanya adalah golongan pemimpin. Pemimpin2 lah yang menentukan halatuju parti, Pemimpin2 jugalah yang akan merelakan / membenarkan sebarang aktiviti tidak sihat berlaku. 

Kalau dalam soal Rasuah, bila puak2 pembangkang menyalahkan orang Melayu yang kononnya suka mengamalkan cara haram itu, kita pandai pula mempertahankan diri dengan mengatakan kalau tidak ada yang memberi maka tidak akan adalah yang menerima. Tapi kenapa dalam konteks Umno kita tidak menerima konsep yang sama iaitu menyalahkan siPEMBERI ?

Sebagai contoh - Bagaimanapun Najib menegaskan, dengan saiz perwakilan yang lebih besar, kebarangkalian untuk mengubah sesuatu keadaan itu melalui politik wang akan lebih sukar berbanding sebelum ini.

Nah, kepada siapa kenyataan itu patut ditujukan ?

Mereka yang pernah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin kerana politik wang/rasuah sebelum ini, kenapa ada yang dilepaskan begitu saja ? 

Jadi janganlah ahli2 pula yang dijadikan kambing hitam kepada sebarang permasalahan parti. Yang perlu dimasukkan semula ke sekolah Moral dan Demokrasi adalah golongan Pemimpin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog