Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

12 August 2013

Kenapalah UMNO ni tak pandai menilai 'Talent Penting"?

@NajibRazak last call untuk selamatkan Warta Rakyat dari...


Penyu menangis siapa yang tahu...

Mungkin dikalangan bloggers dan portal pro BN nama portal Warta Rakyatmemang tidak asing lagi,lebih lebih lagi bila membicarakan tentang LIVE STREAMING yang aktif dilakukan WR sejak tahun 2010 lagi.


Aku bertuah dapat mengenali individu yang bertanggung jawap dibelakang WR ini yang aku panggil Bro.Z secara peribadi bila kami kerap bersama dalam program program anjuran Umno,BN mahupun kerajaan melalui kementerian kementerian,terutamanya Kementerian Belia Dan Sukan dalam Program Himpunan Jutaan Belia yang diadakan saban tahun.

Bro Z ini orangnya simple dan sikapnya action oriented.Tiada masaalah yang tidak boleh ditangani beliau terutama dalam menjayakan Live Streaming yang dia mahu jayakan.Ini terbukti dalam Himpunan Jutaan Belia sebaik selesai PRU13 yang lalu bila dia menghadapi masaalah teknikal dengan kamera kepunyaannya.Tanpa mahu memikirkan kekurangan dia ketika itu dia berjaya melakukan live streaming untuk Warta Rakyat dipentas utama dengan bekerjasama dengan Event Promoter(aku dah lupa namanya) dari conti khas yang bukan boleh diakses oleh sembarangan orang.Konsert kemuncak malam itu berjaya dipancar live melalui WR dengan 100% menggunapakai peralatan event promoter yang aku sebutkan tadi.Kebanyakan orang akan give up jika peralatan mereka buat hal...tapi tidak Bro Z....

Diatas adalah serba sedikit bio individu yang bertanggung jawap menyediakan live streaming Warta Rakyat yang dikunjungi purata hampir 200 Ribu orang penonton sehari melalui pautan pautan blog rakan rakan yang mempamirkan gadget diblog masing masing.Tetapi tidak ramai penonton yang menikmati perkhidmatan live streaming yang disediakan Bro Z melalui WR tahu akan apa yang telah dikorbankan beliau dalam memastikan WR terus dengan live streamingnya.Ramai mungkin beranggapan perkhidmatan yang disediakan WR ditaja sama ada oleh Umno,BN,Pemimpin mahupun agensi tertentu dalam jentera siber kerajaan.Aku pun beranggapan begitu sebelum ini,tetapi ternyata anggapan aku itu meleset dan tersasar...tiada siapa yang menaja beliau selama ini.

Sejak melakukan live streaming untuk Warta Rakyat Bro Z telah menghabiskan hampir RM 200 Ribu dengan terpaksa menjual rumahnya sendiri untuk menyediakan segala peralatan dan membayar kos tetap bulanan sebanyak RM15 Ribu merupakan sewa bulanan bagi laluan internet melakukan live streaming walaupun ramai yang terlibat dengan live streaming menggunakan perkhidmatan percuma USTREAM atau sewaktu dengannya.Mungkin ramai yang akan berkata apakebodoh dia ni sampai bergadai bergolok semata mata untuk menyediakan perkhidmatan percuma tanpa mendapat apa apa faedah darinya?

Bilik operasi Warta Rakyat yang menelan belanja hampir RM70 Ribu...

Memanglah Bro Z ini nampak macam bodoh,tapi sebagai practical man dia berharap apa yang telah berjaya dia buktikan dengan live streaming sejak sekian lama ini akan membuka mata PEMIMPIN PEMIMPIN UMNOuntuk mengiktiraf kepakaran beliau dan akhirnya akan menggunapakai perkhidmatan beliau secara tetap dan menanggung kos sebelum dan seterusnya.Tapi pengiktirafan Pemimpin Umno setakat pandai mengucapkan"TERIMA KASIH ALLEYCATS"....kosong!Lantas Bro Z bukan sahaja nampak BODOH tapi telah DIBODOHKAN oleh Pemimpin Pemimpin Umno yang memang tabiaat semulajadi mereka suka guna dan mempergunakan apa saja secara PERCUMA (contohnya kes aku sendiri PRU11 2004..buta buta aku berhutang dengan supplier RM250 Juta sampai kehari ini dan UMNO buat buat bodohhh je).

Bro Z sudah berusaha kesana kemari berjumpa Pemimpin Tertinggi Umno (kecuali Najib Razak) yang menendang beliau macam bola kesana kemari tanpa ada kata putus sehingga kehari ini.Siapa yang tak pernah beliau temui sebelum ini?Dato Akmar Pegawai Media PM?Tok Mat Ketua Penerangan Umno?Tengku Adnan Mansor SUA Umno?Semuanya hampehhhhh !!!!Semua beriya kata bagus! bagus!bagus!....baguslah kalau kau Z boleh terus bagi SERVIS PERCUMA kepada mereka...

Jadi dalam KEKECEWAAN yang dah sampai kekemuncak ini Bro Z merasakan andaikata segala pengorbanan beliau ini TIDAK LANGSUNG DIHARGAI UMNO setelah berusaha dan membuktikan sekian lama,maka tiada salahnya jika dia menawarkan perkhidmatan yang sama kepada pihak sebelah sana pula lebih lebih lagi dah ada tanda tanda dari pihak PASyang berminat untuk menggunakan kepakaran beliau.

Aku sekadar mengingatkan Pemimpin Umno terutama NajibRazak jangan talent sebegini dipinggirkan, kelak yang rugi adalah UMNO sendiri.Mengetahui betapa aktifnya PAS dengan ceramah ceramah politik mereka yang tak kenal erti berhenti PRU atau tak PRU sepanjang masa,maka tidak mustahil andaikata Bro Z berkhidmat untuk mereka segala tok nenek ceramah akan dapat diikuti secara live streaming 24/7 mulai sekarang sehingga tiba PRU14.

Apakah Pemimpin Umno berani mengambil risiko melihat apa yang aku katakan diatas betul betul berlaku?

Jika berani no hal....teruskanlah dengan kebodohan korang semua itu tak ada siapa yang mampu mengubah kebengongan korang tu.Tapi jika korang rasa ada kebenarannya apa yang aku sampaikan diatas....TOLONG LAKUKAN SESUATUsebelum salah satu asset kita dalam media siber terlepas ketebing sebelah sana...

Dalam artikel akan datang aku akan sertakan printscreen perincian analisa tentang STATISTIK pengunjung ke portal Warta Rakyat yang mencecah jutaan orang sebulan supaya korang semua sedar yang portal WR ini bukan portal picisan yang buat video 3 minit untuk di upload ke Youtube..

Jangan sampai bila korang sedar betapa luas skop penonton portal live streaming ini ianya telah bertukar nama dari WARTA RAKYAT kepadaWARTA PAKATAN RAKYAT.

If you people treats politic like business...so do Bro Z and Warta Rakyat.No heart feeling....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog