Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

28 August 2013

Isu Hidangan Babi Dalam Air Asia Tak Settle Lagi

Merujuk kepada artikel2 dibawah nampaknya isu hidangan babi airasia tak settle lagi.. kemana arahnya agaknya?

http://rockybru2.blogspot.com/2013/08/the-pork-on-flight-posting-that-led-to.html

http://www.rockybru.com.my/2013/08/pork-on-flight-issue-zams-for-years-to.html

Jumaat, 24 Mei 2013 


HIDANGAN BABI DALAM PENERBANGAN AIR ASIA

Sumber
ORANG ISLAM PATUT TANGGUHKAN DULU TERBANG DENGAN PESAWAT INI


Oleh Edi Sudradjat


Apa juga makanan yang mengandungi babi tidaklah seharusnya dihidangkan dalam mana-mana penerbangan Air Asia sama ada di dalam atau luar negara.

Sekalipun makanan ini hanya dihidangkan atas permintaan penumpang, tetapi tentunya akan menimbulkan rasa mual dan jijik di kalangan orang Islam yang berada di sebelah penumpang yang memakannya. 

Kemungkinan perkara ini berlaku tidak dapat dinafikan lagi oleh kerana Ketua Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani adalah seorang Melayu liberal yang berpandangan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk mengikut selera masing-masing. Maka itu Air Asia perlu menghidangkannya.

Ini berbanding dengan penerbangan Mas yang mengambil perhatian terhadap sensitiviti orang Islam dalam semua penerbangannya dan mengharamkan hidangan babi.

Pengerusi Air Asia, Rafidah Aziz sendiri perlu memberikan penjelasan segera dalam perkara ini berikutan dengan timbulnya keyakinan orang ramai terhadap berlakunya perkara ini setelah mengetahui sikap dan juga tabiat luar biasa CEO Air Asia X itu. 

Umum sudah tidak mempercayai lagi penjelasan yang diberikan oleh pegawai-pegawai rendah Air Asia kerana terbukti tidak benar, umpamanya dalam kes seorang wanita dan anaknya yang didakwa dibantu oleh Air Asia setelah dihalang untuk menaiki pesawat itu dari Ho Chi Minh Vietnam baru-baru ini. 

Wanita yang terlibat menafikan pernah menerima sebarang bantuan ketika dia dalam kesusahan di bandar itu.

Penejelasan Rafidah akan dilihat lebih bertanggungjawab, terutama dalam soal hidangan babi dalam penerbangan Air Asia ini.

Sehingga penjelasan diberikan seluruh orang Islam, eloklah menangguhkan dahulu penerbangan mereka dengan Air Asia. Mereka juga harus mendesak supaya siasatan dijalankan.

Perlu disebutkan baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani telah mengugut akan menarik balik iklan dari Utusan Malaysia kerana bersimpati dengan masyarakat Cina yang ditanya oleh Utusan Malaysia, apa lagi Cina mahu.

Beliau mengugut akan menarik balik iklan Air Asia dari Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog