Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

10 July 2013

Siapa Nur Fitriah Ni? Apa Kelayakannya Nak Jadi Ahli Majlis Perbandaran?

PERLANTIKAN WANITA INI JADI TANDA TANYA??


Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli majlis perbandaran, yang dilihat tanpa melalui proses sepatutnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) P.Pinang.

Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.

Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.

Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.

Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau.

Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu.

Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.

"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya.

Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas. - MSTAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog