Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

11 July 2013

PETRONAS Tengah Kena Goreng

Perletakan Jawatan Beramai-ramai Jurutera Melayu PETRONAS. PM Ada Dapat Laporan Omar Ong?

Blog ini dimaklumkan oleh seorang kakitangan PS Contractor, bahawa beberapa bulan kebelakangan ini sudah ada trend perletakan jawatan beramai-ramai jurutera Melayu di Petronas. Ramai? Ramai mana?Omar Ong diletakkan di Petronas itu ada tujuannya. Bukan sengaja diletak-letak untuk mengaut untung dan menyusun projek untuk rakan dan keluarga. Soalnya, apakah perlantikan OO di Petronas itu sudah tercapai maksudnya?
Kalau sudah hampir 200 orang letak jawatan dalam masa 3-5 bulan kebelakangan ini, agaknya apa punca dan sebab? Kalau semuanya merupakan pakar dalam bidang Petroleum Engineering, Geo-engineering, Geoscientists etc. Koyak juga.
Ada yang kata, ini disebabkan industri petroleum kita sudah semakin hebat. Banyak company, oil and gas players yang ambil staff Petronas. Mudah. Bila bekas staff, jumpa staff Petronas, mereka mudah beri muka. Senang dapat projek.
Soalnya, betulkah begitu?
Atau ada udang, sotong, ikan di sebalik batu.
Yang menyedihkan lagi, mempunyai Penasihat pun seperti tidak ada. Nampak macam tidak bermakna sahaja.
Hari demi hari, jumlah yang meletakkan jawatan semakin ramai. Ada kajian dibuat? Apa komen mereka?
Apalah laporan yang dibuat di Harakah ini, juga membayangkan kekecewaan ramai kakitangan Petronas mengenai situasi di syarikat itu?
Dulu, kakitangan Petronas ini ada integriti yang sangat tinggi. Sekarang, macam-macam kes rasuah yang dapat kita dengar. Budaya siapa yang dibawa masuk ini? Peningkatan kes rasuah dalam Petronas ini macam sama musim dengan meningkatnya jumlah kakitangan bangsa Cina yang dilonjak ke tahap Management kebelakangan ini.
PM perlu ambil tindakan segera. Mulakan dengan mengeluarkan OO daripada Lembaga Pengarah. Masukkan seorang yang mempunyai integriti yang tinggi. Sebelum tu pastikan, ijazah/sarjana/Phd daripada universiti yang diiktiraf. Bukan main ambil tangkap muat.
Bukan semua kakitangan Petronas begitu. Ramai yang bagus. Ada integriti. Setia dengan Petronas walau dapat offer mencanak daripada syarikat lain. Tapi sekarang mereka tertekan. Kerana seakan ada polisi ‘mendahulukan cina’ dalam Petronas. Kalau Cina, laju naiknya. Melayu? You belum cukup competent.
Maaf cakaplah, setakat ini OO tak ada sumbangan besar pun di Petronas. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pun jarang bercakap. Kalau bercakap, asyik nak petik nama PM. Yang nama busuk siapa? PM juga.
No choice. OO should be out of Petronas. Asap. Kalau jumlah pakar meletakkan jawatan ini mencecah 500 orang, Petronas dalam masalah besar. Ini bukan level kerani yeop. Ini level senior ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog