Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

02 July 2013

Islam Dulu ATAU Politik Dulu

Benda sensitif ni jangan dibawak main!!
Anak atau kanak-kanak bawah umur yang memeluk agama Islam bersama bapa perlu diserahkan di bawah jagaan ibu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini tetapi ia masih perlu perbincangan yang lebih mendalam.
Kenyataan Ketua Pembangkang tersebut hadir selepas disoal wartawan tentang Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Biasanya dalam ketetapan Islam seperti yang disebut Nabi apabila anak kecil masuk Islam bersama ayah tetapi ibu bukan Islam, anak itu akan dikembalikan kepada ibu untuk dijaga," kata Anwar apabila ditanya wartawan di lobi Parlimen.
Rang Undang-Undang yang dibentangkan tersebut mendapat tentangan daripada parti komponen kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR) kerana bercanggah dengan keputusan Kabinet pada tahun 2009 yang tidak membenarkan penukaran agama secara satu pihak sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog